Sunday, November 19, 2017

Part III | Malay Cultural Village - Walk around Malay Cultural Village (mini fruit farm, rubber tree, wedding gallery, crystal gallery)

Di bahagian ini, kami dibawa melawat kawasan seperti mini fruit farm, rubber tree, wedding gallery, crystal gallery.






















Banyak pokok-pokok ditanam di Malay Culltural Village, antaranya Pokok Buah Nona, Pokok Belimbing, Pokok Kopi, Pokok Koko, Daun Pandan, pelbagai jenis herba termasuk herba yang digunakan oleh kaum Cina dan India, daun pandan, anggur, pokok mangga, pokok buah naga dan lain-lain lagi.

Seterusnya kami dibawa ke rubber tree. Disini, kami dikenalkan dengan peralatan-peralatan untuk membuat getah. Antaranya penimbang, basikal yang dijadikan sebagai pengangkut getah, mesin dan lain-lain lagi.

Dulu, penoreh getah perlu bangun awal kerana pokok getah perlu ditoreh bermula jam 4.00 pagi kerana pada pukul 6.00 pagi pula, getah perlu dipungut untuk dihantar ke kilang.

Jika getah lambat dipungut, getah akan menjadi keras dan mutu getah juga akan terjejas.






Malaysia merupakan salah satu negara pengeskport terbesar getah didunia pada tahun 2013.

Seterusnya, kami dibawa menyusuri sejarah Malaysia. Ada 14 jalur di bendera Malaysia melambangkan 14 negeri di Malaysia.




Miss Aileen juga menunjukkan gambar kuih-muih tradisional yang ada di Malaysia.


Setelah itu, kami dibawa ke wedding gallery. Wedding Gallery ini menempatkan peralatan-peralatan perkahwinan yang mesti ada untuk kaum Melayu, Cina dan India.

Beliau juga menerangkan serba sedikit adat perkahwinan yang ada di setiap majlis perkahwinan.

Seperti majlis perkahwinan kaum cina, ada adat minum teh.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my