Baru Kak Ida tahu, disebalik tabir wayang kulit hanyalah SEORANG. Dialah yang bercerita, dialah yang menggerakkan wayang kulit tersebut. Memang mengkagumkan.
Kemudian, anak-anak diberi kesempatan untuk mencuba bermain dengan wayang kulit tersebut.
Seterusnya kami melawat ke Crystal Gallery.
Disini, mengambil gambar tidak dibenarkan. Tetapi, Kak Ida berpeluang merasa minum air menggunakan cawan dari pewter.
Sedapnya bak hang... Hihihi
Kemudian, lawatan diakhiri dengan melawat kedai cenderamata.
Kak Ida tidak berkesempatan untuk potluck bersama ibu-ibu yang lain kerana Ammar sudah meragam.
Jadi, terima kasih kepada Atie kerana memberi peluang pada Kak Ida untuk merasai pengalaman ini.
Terima kasih juga kepada ibu-ibu yang lain. Sama-sama melihat anak antara satu sama lain.
Insya-Allah, kita berjumpa di program akan datang.
No comments:
Post a Comment