Tuesday, November 21, 2017

Penang Part I | Here We Come

Tiba juga masanya BFF's  ke Penang.

Trip BFF's tanpa dirancang. Hahaha. Rancang dalam masa yang singkat sebenarnya.

Mengikut jadual, seperti biasa Kak Ida menumpang Susi ke Senai Airport. Kami dihantar oleh suami susi.

Sampai dengan berjalan lenggang kangkung ke bahagian self check-in,

Ya Allah, mujur tidak terlepas flight ke Kuala Lumpur bila dalam ittenarry menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kami perasan ketika hendak self check-in kami tidak boleh menekan sub menu disitu. Berderau darah kami pagi-pagi.
Rupa-rupanya flight kami jam 6.00 pagi! Tengok jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi.

Sudah! 

Mujur staf Air Asia membantu. Kami sempat check-in di kaunter cuma perlu menambah bayaran lewat sebanyak RM 21.20. Halal ajelah. (walaupun dalam hati memang tidak berpuas hati). Hehehe

Ok, FINAL CALL rupa-rupanya bila kami berdua sampai di pintu Gate 4!


Masuk ke perut kapal terbang, apa lagi, selfie!


Sampai di KLIA2 jam 6.55 pagi. Singgah surau dan cari stall untuk mengalas perut. Kemudian, kami menunggu BFF Intan pula.











Alhamdulillah, kami sampai Penang jam 11.30 pagi.

Ok, bersambung!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...