Berpandukan Google Maps, kami melalui jalan Lovely Lane.
Ikut perancangan asal, kami hendak minum di Selfie Coffee, tetapi kami lebih tertarik dengan kedai Coffee45 yang terletak di Love Lane, Georgetown.
Sebelum itu, semasa dalam perjalanan kami ternampak Museum Camera. Malangnya muzium ini telah berpindah rupa-rupanya.
Jadi, untuk tidak mahu rasa kecewa, kami bergambar juga di hadapan muzium itu. Jadilah, sebagai kenang-kenangan. Hahaha
Memang tidak menyesal!
Antara menu pilihan kami adalah walnut brownies dan club sandwich.
Oh ya, free one scoop ice cream for dine dessert. Ada pilihan coklat, vanilla atau strawberry.
Istimewanya cafe ini, kedai ini menghidangkan air dengan menggunakan bekas lensa kamera yang tidak digunakan.
Sangat kreatif dan hipster sekali!
Di sini, kami menghabiskan masa petang dengan berbual-bual dan mengimbau kenangan kami ketika zaman remaja dulu. Memang menyeronokkan.
Ok, cukup dulu catatan Kak Ida untuk entry kali ini. Bersambung.
No comments:
Post a Comment