Alhamdulillah. 18 November 2017 yang lalu, Kak Ida berkesempatan mengikuti program homeschool. Kali ini program dibuat di Malay Cultural Village.
Pada awalnya, memang ragu-ragu. Betul ke tempat ini. Sebab kawasan ini merupakan kawasan kilang di Larkin dan agak tersorok di penghujung jalan.
Berpagi-pagian anak sudah bersiap. Hihihi.
Sampa di sana, tidak sah kalau tidak selfie sekeping dua. Kami disambut mesra oleh Miss Aileen, tour trip kami disini. (yang manis berbaju kebaya berwarna biru).
Kami dibawa ke Villager.
Aktiviti pertama kami adalah penyediaan roti canai dan teh tarik Villager. Anak-anak sangat seronok kerana berpeluang untuk membuat aktiviti ini.
... termasuk Kak Ida. Hahaha
Oh ya, kami TIDAK dihidangkan dengan roti canai yang dibuat oleh anak-anak.
Tetapi, kami merasa air tangan chef Villager, memang sedap betul rasa teh dan rangupnya roti canai yang dihidang.
No comments:
Post a Comment