Sunday, April 25, 2021

Tiada rendang ayam atau daging? Apa menu alternatif kita?

Assalamualaikum semua,

Kak Ida mahu berkongsi hasil risikan menu jika harga daging dan ayam naik semasa musim Aidilfitri nanti.

Apakah alternatif kita sebagai rakyat marhaen?

Pada 24.04.2021, Kak Ida telah "meminta pandangan" rakan-rakan di Facebook. Jadi, Kak Ida kongsikan diblog pula.

Antara cadangan menu ialah:-

1. Rendang telur.

2. Rendang pucuk paku.

3. Rendang kerang.

4. Rendang telur puyuh.

5. Rendang sardin.

6. Rendang ikan bilis.

Haa.. dalam pandemik sekarang, ibu-ibu kena kreatif memikirkan back-up menu raya dengan harga yang mampu kita bayar tanpa perlu membazirkan duit.

Raya tetap raya. 

Cuma lebih bersederhana untuk tahun 2021 ini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my