Monday, April 12, 2021

Hidroponik kami

Petang tadi meluangkan masa menjenguk kebun mini teres di hadapan rumah. Bolehlah untuk buat-buat keluar peluh. Hahaha.

Kebaikan penanaman hidroponik adalah kita boleh berkebun tanpa tanah terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang lapang.

Mengemas bekas hidroponik. Menambah baja AB, membuang daun kering dan mengambil hasil tanaman yang ada. 



Syukur, pokok bendi kami juga sudah berbunga dan bertunas. Seronok tengok hasilnya.


Ini pula cili padi. 

Banyak manfaat hidroponoik untuk alam sekitar. Antaranya:-
1. Pengurang kos atau penggunaan air yang banyak kerana pertanian secara hidroponik hanya menggunakan 10% dari jumlah penggunaan tanaman atas tanah.
2. Hidropoik juga boleh menggunakan air yang telah digunakan untuk penanaman selepas penuaian, hanya perlu menambah air sekiranya kurang dan boleh mengurangkan kos pengeluaran tanaman.
3. Penjimatan penggunaan baja kerana tiada pembaziran dan dalam masa yang sama juga ia tidak mencemarkan alam sekitar. Penggunaan baja hidroponik hanya menggunakan 1/4 dari penggunaan baja tanah dalam kadar pengeluaran yang sama.
4. Penjimatan ruangan yang ketara kerana teknik hidroponik hanya menggunakan 1/5 dari keluasan tanah yang diperlukan oleh tanaman atas tanah untuk pengeluaran hasil yang sama.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my