Sunday, April 4, 2021

Teratak Ayah di Felda Ayer Hitam

Assalammualaikum dan salam berhujung minggu. 

Kak Ida menghabiskan masa di Felda Ayer Hitam. Short vacay "view" kampung bersama anak-anak sebelum cuti sekolah berakhir hari ini.


Di Johor, esok sesi persekolahan sudah bermula. 

Posting kali ini Kak Ida nak berkongsi satu homestay yang dikelilingi kebun kelapa sawit.


Rumah ini dilengkapi dan mempunyai dua bilik berasingan. Jadi, kita boleh menyewa sama ada satu bilik atau kedua-duanya sekali. 



Teratak Ayah ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz dewasa. Jadi, untuk anak-anak, kena lebih berhati-hati bila berenang. Safety first ok. Pastikan ada pelampung anak-anak sebelum berenang.

Faktor utama Kak Ida memilih Teratak Ayah adalah kerana harganya yang mampu milik dan mempunyai kolam renang. Kita tidak perlu "booking" waktu untuk ke kolam berbanding jika kita menginap di hotel dalam musim pandemik sekarang.






Homeschooling mengenal pokok kelapa sawit.

Alhamdulillah, tenang betul rasanya bila dapat "melarikan" diri dari suasana bandar. 


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my