Alhamdulillah, setiap tahun pada bulan Ramadan, kami adik beradik belah si dia akan cuba mencuri masa untuk berkumpul.
Ukhuwah yang terjalin walaupun mak dan bak sudah tiada, semangat mereka sentiasa ada bersama kami semua.
Sedekahkanlah Al Fatihah kepada Allahyarham Kamisan bin Sarpan dan Allahyarhamah Jamilah binti Yahaya.
Along membuat keputusan untuk berkumpul di rumah Mak Ngah. Semuanya menjinjit potluck.
Memang seronok kerana anak-anak saudara belah si dia semua sudah besar panjang. Sambil ibu-ibu sibuk di dapur, kakak saudara yang dewasa menjenguk anak saudara yang masih kecil.
Juada berbuka puasa kali ini ada ketam masak lemak, ayam golek, sate, ikan siakap masak asam pedas, sambal udang, laksa johor, roti sardin dan lain-lain lagi.
Di sebalik tabir membuat masak lemak ketam cili padi. Gigih kami ke Kip Mart Tampoi. Sekilo ketam di sana RM 28.00. Alhamdulillah, memang banyak.
Kak Ida memasak lebih sedikit untuk disimpan sedikit bagi Aisyah bersahur nanti.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Rezeki Kak Ida mendapat ipar duai seperti ini. Satu bentuk rezeki juga kan?
No comments:
Post a Comment