Assalammualaikum semua.
Alhamdulillah, menuju ke Ramadan hari ke-12. Malam ini, "belanja" anak-anak bermain bunga api.
Mengenang kemeriahan zaman kecil Kak Ida bermain bunga api bersama adik-beradik. Alahai, seronoknya bila dikenang.
Tips keselamatan kami berdua.
1. Pastikan ada penjaga sama ada Kak Ida atau si dia memantau keselamatan anak-anak.
2. Wajib memakai kasut sebelum bermain bunga api.
3. Si dia letakkan lilin di dalam satu bekas khas. Sebagai contoh tin biskut. Besi pemegang bunga api, mesti dimasukkan ke dalam bekas biskut. Tidak boleh membuang merata-rata.
Alhamdulillah, berseronok, seronok juga. Keselamatan anak-anak keutamaan kami berdua. Jika leka, risau ada perkara buruk yang berlaku.
Selama ini, anak-anak hanya bermain bunga api padi. Dua tiga tahun ini sahaja, ada keberanian untuk bermain bunga api jenis ini.
Nikmati zamanmu anak.
No comments:
Post a Comment