Friday, April 30, 2021

Colek kerang

Orang belah Pantai Timur sebut "colek kerang..."

"Selalunya colek kerang ini dimakan selepas solat terawih. Memang marbeles rasanya." terang adik-adik teacher.

"Oooo.." panjang ooo Kak Ida untuk memahamkan maksud "colek kerang." 

"Habis, Kak Ida panggil apa?"







Kerang rebus!

Thursday, April 29, 2021

Saat sukar kita bersama

Alhamdulillah,

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Syukur ahli jawatankuasa PIBG mengambil peranan dalam membantu mengurus bagi pihak sekolah menghadapi saat-saat sukar.

Seawal pagi Kak Ida dan si dia berada di sekolah. 



Tugas Kak Ida, menjaga pendaftaran iaitu di Stesen 1.


Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memberi taklimat kepada petugas.









Selesai juga akhirnya. Syukur dipermudahkan


Alhamdulillah, keputusan hasil swab test pada 1 Mei 2021 adalah negatif. Syukur Allah lindungi kami sekeluarga. Masa untuk potong gelang di sekolah.

Wednesday, April 28, 2021

Terima kasih daun keladi atas ingatan

"Ida, Zulhilmi ada hantar barang..."

Zulhilmi? (tertanya-tanya dalam hati). Siapa pula?

"Itu, abang letak kat situ."

Kak Ida tengok sender, memang tertulis nama pengirim dari "Zulhilmi". Nama dan alamat penerima betul.

Koyakkan parcel, laaa, Kak Ida terus tersenyum bila membaca kad kiriman.

"Siapa Ida? Lain macam abang tengok cara Ida senyum."

" Fadhilah Hussin la abang. Kawan Ida." 


Terima kasih dik atas tanda ingatan. 

Oh ya, siapa yang ingin memulakan simpanan Unit Trust Public Mutual, boleh berhubung dengan adik manis ni ya.

Sunday, April 25, 2021

Hasil fotografi si dia

Malam ini beri peluang pada anak untuk bermain bunga api lagi. Si dia mengasah skill fotografi melalui telefon bimbit. 

Jom kita lihat hasilnya.




 

Kesihatan Mental | Earth Day Virtual Run

Salam gais,

Hari ini bermacam-macam hal yang berlaku yang boleh menyebabkan pull a triggered bagi axienty.

#KesihatanMental.

Salah satu tips untuk mengurangkan axienty kita adalah dengan berjalan perlahan-lahan mengambil angin malam.

Alhamdulillah, seusai bersahur dan solat Isyak, Kak Ida membuat keputusan untuk menyarung kasut.

Mengambil peluang untuk mengambil angin malam sambil ditemani anak-anak.

Insya Allah, boleh tidur lena.



Alang-alang berjalan, Kak Ida mengambil keputusan untuk menghabiskan virtual run 42Race.

Ada dua iaitu Earth Day 2021 Virtual Run dan Get Moving Bootcamp April Virtual Run.



Selama satu jam Kak Ida berulang-alik dan alhamdulillah, selesai juga. Yeay! Puas hati sangat. 

Oklah, nak rehatkan diri. Jumpa kita di lain posting. Bai!

 

Projek Fertigasi Masjid Taman Impian Emas

Teringin sangat hendak menikmati bubur lambuk masjid. Alhamdulillah, sahabat menelefon, ada bubur lambuk di Masjid Taman Impian Emas.

Alang-alang kesini, Abang Burhan (pesara JUPEM Johor) mengajak melihat projek fertigasi yang sedang dijalankan. 

Ada timun, pakchoi, dan lain-lain.

Ikan talapia merah juga ada diternak disitu. Wah, teruja betul Kak Ida melihat hasil tanaman kariah masjid disitu.



Gigih Abang Burhan mengutip sayur pakchoi untuk dikirim rakan pejabat.



Segar kan?



Kak Ida ambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan projek fertigasi.

Hasil tanaman ini dapat menampung program-program masjid yang diadakan disitu.

 

Sayur pucuk paku kegemaran

Alhamdulillah, kali kedua Kak Ida membeli sayur pucuk paku di Shoppe. 

Kali pertama, rosak. Terperam lama ketika proses penghantaran. Memang sudah dijangka, sayur yang sampai akan rosak.

Kali ini, Kak Ida memilih poslaju. Syukur, dalam masa tiga hari pucuk paku sampai ke tangan.

Masih dalam keadaan segar.



Nah, bergulung-gulung pucuk paku yang sampai. 


Sayur ini dapat dimasak dua kali. Boleh bayangkan ketika Kak Ida memilih pucuknya, tertelan-telan air liur mengenangkan keenakan sayur ini.

Sayur ini sesuai dimasak kerabu, masak lemak, atau tumis belacan. Memang puas hati! Hahaha.

Korang suka masak apa dengan sayur ini?

 

Mengeteh

Hai gais! 

Alhamdulillah, malam ini selepas berbuka, Adilah mengajak untuk mengeteh di kedai roti canai Pak Long.

We time gitu. Hahaha

Reward kerana anak-anak berpuasa penuh hari ini. Syukur Alhamdulillah. 



Zakat fitrah bagi Tahun 2021M/1442H


 

Kempen membaca 10 minit

Alhamdulillah, Kak Ida tidak mahu melepaskan peluang untuk mengikuti program tahunan Kempen Jom membaca 10 minit yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.



 

Kuiz Kahoot! Online sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia

Hari buku dan Hakcipya Sedunia kembali lagi.

Alhamdulillah, Kak Ida sempat mendaftarkan Aisyah untuk menyertai Kuiz Kahoot! Online anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis.


Terdapat beberapa sub topik yang disentuh iaitu pengetahuan tentang Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, sejarah Malaysia dan Covid-19.




Setelah beberapa kali "online" ini tidak berjaya di FB Live, akhirnya penganjur menggunakan platform Google Meet.

Seramai 55 orang peserta menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah, Aisyah mendapat tempat ketujuh dari keseluruhan peserta dengan mengumpul nilai mata sebanyak 25577.

It's ok Aisyah. 

Kita sudah mencuba yang terbaik. 


 

Tiada rendang ayam atau daging? Apa menu alternatif kita?

Assalamualaikum semua,

Kak Ida mahu berkongsi hasil risikan menu jika harga daging dan ayam naik semasa musim Aidilfitri nanti.

Apakah alternatif kita sebagai rakyat marhaen?

Pada 24.04.2021, Kak Ida telah "meminta pandangan" rakan-rakan di Facebook. Jadi, Kak Ida kongsikan diblog pula.

Antara cadangan menu ialah:-

1. Rendang telur.

2. Rendang pucuk paku.

3. Rendang kerang.

4. Rendang telur puyuh.

5. Rendang sardin.

6. Rendang ikan bilis.

Haa.. dalam pandemik sekarang, ibu-ibu kena kreatif memikirkan back-up menu raya dengan harga yang mampu kita bayar tanpa perlu membazirkan duit.

Raya tetap raya. 

Cuma lebih bersederhana untuk tahun 2021 ini.

Kemeriahan bermain bunga api

Assalammualaikum semua. 

Alhamdulillah, menuju ke Ramadan hari ke-12. Malam ini, "belanja" anak-anak bermain bunga api.

Mengenang kemeriahan zaman kecil Kak Ida bermain bunga api bersama adik-beradik. Alahai, seronoknya bila dikenang.

Tips keselamatan kami berdua.

1. Pastikan ada penjaga sama ada Kak Ida atau si dia memantau keselamatan anak-anak. 

2. Wajib memakai kasut sebelum bermain bunga api.

3. Si dia letakkan lilin di dalam satu bekas khas. Sebagai contoh tin biskut. Besi pemegang bunga api, mesti dimasukkan ke dalam bekas biskut. Tidak boleh membuang merata-rata.

Alhamdulillah, berseronok, seronok juga. Keselamatan anak-anak keutamaan kami berdua. Jika leka, risau ada perkara buruk yang berlaku.

Selama ini, anak-anak hanya bermain bunga api padi. Dua tiga tahun ini sahaja, ada keberanian untuk bermain bunga api jenis ini.

Nikmati zamanmu anak. 



Thursday, April 22, 2021

Membaca 10 minit


Alhamdulillah, Kak Ida memang tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta program ini setiap tahun.





Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my