Semalam, Kak Ida menyatuni program anjuran PUSPANITA Caw. Negeri Johor di Kompleks Sukan, Hospital Permai, Johor Bahru.
Program Seni Bela Diri Wanita Bekerjaya Siri II dihadiri seramai 200 peserta.
Menurut Wikipedia, seni mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang wujud sebagai salah satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya seni bela diri ini tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri ini telah lama wujud dan ianya berkembang di medan pertempuran sebelum perlahan-lahan ia berkembang untuk kegunaan orang awam.
Terdapat pelbagai jenis seni bela diri antaranya silat, tinju, kendo, tomoi dan sebagainya. Semalam, kami belajar beberapa teknik seni bela diri dengan silat tanpa menggunakan senjata.
Bersama Timbalan Pengerusi II, PUSPANITA Caw. Negeri Johor. Tak pernah tak cantik kakak manis yang seorang ini.
Kami berlima mewakili JUPEM Johor ke program ini.
Meriah sangat...
Inilah tuan guru silat yang mengajar kami. Terima kasih tuan. Insya Allah, semoga ilmu yang dikongsikan kepada semua ahli PUSPANITA dapat dimanfaatkan.
Jumpa kita lagi di next entry. Tata
No comments:
Post a Comment