Saturday, March 2, 2019

Nature Homeschooling : Pelepah Kiri, Kota Tinggi

Nature homeschooling kami kali ini adalah ke Pelepah Kiri, Air Terjun Kota Tinggi.

Seawal 7.15 pagi kami sudah bergerak dari rumah. Alhamdulillah, trafik lancar.


Kami berkumpul di Tapak Pencawang Elektrik, Air Terjun Kota Tinggi untuk diberi taklimat awal oleh renjer Sam. Renjer yang mengetuai ekspedisi hiking kali ini.



Perkara paling ditekankan adalah faktor keselamatan kerana kami membawa ramai kanak-kanak. Seramai 51 orang (15 keluarga) mengikuti hiking kali ini. Memang meriah.

Kami juga belajar beberapa kod seperti 01 (buang air kecil), 02 (buang air besar). Sudahnya, dari awal mengulang-ngulang, "Aina nak 01 ke 02?" Hehehehe...



Memang cukup mengujakan terutama anak-anak. Bayangkan, kami mula masuk kaki sudah terendam dengan air sungai. Perghh... memang bersemangat anak-anak dapat bermain air.


Pesan renjer, pastikan kami menyusur sungai untuk mengelakkan kami tersesat dalam hutan.


Kami sampai di check-point lebih kurang jam 10.30 pagi. Terus renjer memasang kanvas untuk berteduh. Anak-anak pula memang tidak sabar untuk terjun ke sungai. Jadi, ada ayah juga ditugaskan menjaga keselamatan anak.

Ayah yang lain pula, memasang unggun api untuk mulakan aktiviti memasak.

Kaum ibu pula, mula sibuk menyediakan kelengkapan memasak. Kali ini kami masak menggunakan tin biskut. Pengalaman pertama Kak Ida. Sebelum ini, kami memasak menggunakan buluh dan di dalam tanah.

Menu kami, nasi putih, ayam pangsuh, telur dadar dan air kopi.

Memang terangkat weh.




Mencuci beras dengan air sungai. Si dia kata, kita perlu kuakkan air sebanyak tiga kali dahulu sebelum menggunakan air tersebut.




Nampak tu, tin-tin dimasak dengan menggunakan unggun api. 

Alhamdulillah, semua masakan menjadi. Nasi ditanak dengan cukup elok. Selepas memasak, kami memanggil anak-anak yang berada di sungai supaya naik ke atas untuk makan tengahari.

Makan dengan daun pisang. Memang menyelerakan. Bertambah-tambah kami makan! 

Selepas makan, adminah lincah. Kami mahu mandi untuk menyegarkan badan. Sejuk weehh air sungai.



Aktiviti lain memasak jagung bakar.




Jam 2.00 petang kami sudah mahu bergerak pulang. Sebelum itu, aktiviti wajib kami adalah bergambar bersama-sama sebagai kenangan.





Seronok sangat Nature Homeschooling hari ini. Insya-Allah, perancangan akan datang kami ke Mersing pula. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my