Nature Homeschooling again.
Seawal jam 7.15 pagi kami sudah bergerak ke Bandar Tenggara, Johor Bahru. Macam biasa, drama anak beranak tetap ada. Pheww... bertabahlah ibu dan ayah menguruskan anak-anak di awal pagi.
Kami berkumpul di rumah ibu mertua Salina sebelum bergerak bersama-sama ke ladang.
Check-in dulu
Sebelum itu, kami berkumpul dahulu untuk diberi beberapa taklimat oleh Salina. Kami juga dibekalkan mask sebelum melawat reban puyuh untuk aktiviti pertama kami iaitu mengutip telur puyuh.
Ibu dan anak sama-sama excited weh.
Kami diberikan bekas empat segi untuk meletakkan telur-telur yang dikutip.
Anak ayam
Merasa Kak Ida memegang anak ayam yang comel ini. Hihihi
Geram sungguh rasanya.
Telur puyuh yang telah dikutip, akan disusun di bekas telur ini.
Nah, hasil telur puyuh yang kami kutip.
Seterusnya, kami ke reban ayam daging.
Seterusnya, kami ke ladang kambing dan lembu. Kami juga berpeluang untuk melihat proses membuat makanan kambing dan lembu.
Ammar cukup teruja dengan kambing.
Roti-roti ini akan direndam di dalam air untuk diberi makan pada kambing. Siapa kata, roti yang sudah expired tidak berguna lagi?
Beberapa gelagat Ammar yang sedang dirakam bersama kambing.
Aktiviti anak-anak seterusnya ialah bergambar bersama jentera berat yang ada disitu seperti forklift.
Alhamdulillah, anak-anak cukup seronok dapat beraktiviti dengan nature. Insya-Allah, selepas ini banyak lagi aktiviti Mommies United JB akan dibuat. Stay tune guys!
No comments:
Post a Comment