Saturday, March 30, 2019

Jalan jalan Terengganu | Pulau Perhentian Besar

Day 1

Kami bergerak ke Terengganu dari rumah mama seawal jam 5.00 pagi. Perancangan awal, kami mahu bergerak lebih awal tetapi iyelah, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. (sebenarnya, mata tidak boleh dibuka kerana terlalu mengantuk). Cliche sangat...

Kami berdua membuat keputusan untuk bergerak awal sehari dari perancangan asal. Secara peribadi, besar harapan Kak Ida mahu ke laut. Merealisasikan antara impian kami berdua yang sukakan suasana pantai.

Sepanjang perjalanan, kepala Kak Ida cukup ligat hendak ke mana sebenarnya. Walaupun sudah survey beberapa pulau, Kak Ida masih belum dapat membuat keputusan muktamad.

Akhirnya, Kak Ida terpaksa juga guna abang long kawasan. See, nampak permainan politik disitu? Hahaha

Dia memberikan nombor telefon Ala's Holiday untuk tempahan bot ke pulau. Jadi, sepanjang perjalanan Kak Ida ke Terengganu, Kak Ida sempat berbalas whatsapp dengan Abang Ala. 

Ok, Kak Ida pada awalnya HANYA merancang naik bot untuk melihat pulau-pulau sekitar Terengganu sahaja. Ala, kalau kita pergi ke Langkawi kan ada... Gitulah...

Akhirnya, Abang Ala memberikan kami location untuk kami berjumpa. 

... dah nah, tambah lagi tempoh perjalanan satu jam setengah ke Kuala Besut Terengganu. Terpinga-pinga sekejap Kak Ida untuk menyatakan persetujuan sebab kami ingatkan dekat! Hahaha...

Si dia meyakinkan Kak Ida supaya terjah sahaja. Mujur kami tiada apa-apa temujanji. Jadi, just follow the flow.

Paling mengerikan Kak Ida adalah, sampai sahaja kami di Tol Kuala Terengganu, hujan turun dengan sangat lebatnya. Dalam hati, terdetik, jadi ke tidak ni... jadi ke tidak ni... 

Tawakal sahajalah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut.


Cuaca di Kuala Besut adalah mendung. Alhamdulillah.



Kami bersedia untuk menaiki bot. Di jeti Kuala Besut, barulah kami tahu tiada servis "pusing-pusing" pulau seperti di Langkawi. Speechless juga Kak Ida dibuatnya.

Abang Ala kata sangatlah tidak berbaloi untuk datang dan berpatah balik semula ke darat. Oh sudah, sudahlah kami tidak menempah apa-apa bilik penginapan di sana. Akhirnya, Kak Ida bertanya semula abang long kawasan, dan akhirnya dia bantu dengan senang hati. 

Si dia juga bersetuju dan dia terpaksa berpatah balik ke kereta untuk mengambil bag packers. Apa yang sempat si dia grab seperti makanan dan beg berisi baju mandian anak-anak and go! Masa yang ada hanya setengah jam dan kami sudah duduk didalam bot.

Si dia kata, memang kerja gila! Hahaha


Kami maklumkan, kami akan menginap di Fauna Beach Chalet. Kami walk-in sahaja. Untuk ke sana, memakan masa hampir setengah jam. Abang Ala kata, jangan risau. Lega sedikit rasa hati.

Memang laju ok boat yang kami naik. Berderau juga hati dan dalam masa yang sama berdoa dengan harapan lelemak yang ada dapat dipecahkan. Hahaha. 

.... dan akhirnya, barulah kami tahu, chalet ini terletak di Pulau Perhentian Besar. Sampai disana, mujur ada bilik yang masih kosong. Kami menyewa dengan harga RM 100/semalam. Ok sangat la kan? Harganya sangat-sangat berpatutan. Kalau kita ambil standard room, harganya ialah RM 85.00/semalam manakala family room yang dilengkapi kipas DAN permandangan mengadap laut hanya RM 100.00/semalam.

Ya Allah, syukur alhamdulillah. 

We'll are so blessing!


Anak-anak bila ternampak laut, sudah nampak ketidak kesabarannya. Tukar baju dan nah, bermainlah dengan sepuas-puasnya.

Kak Ida pandang si dia dan si dia pandang Kak Ida dengan pandangan yang cukup priceless

Impian kami berdua. Allah merealisasikan dengan cukup cukup mudah dengan menghadirkan orang yang cukup baik menyantuni kami sekeluarga.



Kami juga penuhi aktiviti petang kami dengan bermain kayak. Harga untuk kayak ini adalah sebanyak RM 15.00/sejam. Jika kayak ini boleh melihat pemandangan bawah laut, harganya ialah RM 30.00/sejam.

Cukup puas kami anak-beranak ini bermain kayak. Mereka pun berlebih kurang dengan kami sekeluarga. Semua dapat merasai mendayung kayak kecuali Adilah dan Ammar. 






Kegemaran Ammar ialah bermain pasir pantai.


Alhamdulillah, Subahanallah.

Syukur Allah memberikan kami pengalaman ini. 

Day 2

Alhamdulillah, kami dapat tidur dengan lena.

Celik mata, anak-anak sudah bertanya soalan, "ibu, i want play sand and beach. Boleh?"

Mmm... terus menukar baju renang. Seawal 7.30 pagi sudah terpacak di pantai.

Kami berdua pula mengambil keputusan untuk bersarapan di restoran. Ambil masa untuk diri kami berdua.

Selepas bersarapan, kami berjalan-jalan menyulusuri pantai. Memang terapi terbaik buat kami berdua.


Kemudian, kami mula mengemas untuk bergerak pulang ke darat. Insya Allah, bot akan sampai jam 12.00 tengahari. 

Sementara bot sampai, anak-anak menikmati makanan untuk mengalas perut. Masing-masing kelaparan! Hahaha






This is Terengganu.



Kami naik bot untuk ke Pulau Perhentian Kecil pula untuk mengambil penumpang disana.


Merasa juga memegang stereng bot.


Ammar pun teruja. Bukan selalu dapat peluang sebegini. 


Inilah tiket kami. Boleh hubungi nombor yang tertera. Sangat recommended. 

Ok, see you next entry. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my