Alhamdulillah, Allah bagi izin melapangkan masa untuk ke Festival Antarabangsa Johor Darul Takzim.
Salah satu festival yang Kak Ida tunggu kerana sangat-sangat tertarik dengan pengisian program ini.
Festival Islam Antarabangsa Johor Darul Takzim ini diadakan di Persada Johor International Convention Centre bermula pada 28-31 Mac 2019.
Masuk adalah PERCUMA.
Kak Ida parking di A3. Menaiki lif untuk turun ke lobi. Mudah sangat untuk akses ke sini.
Seperti biasa, kita akan check in dulu. Hahaha
Kemudian, kita perlu mendaftarkan diri. Booth pendaftaran terletak disebelah booth Unifi. Kita akan diberikan satu sticker sebelum masuk.
... nah, terbentang booth jualan. Kak Ida difahamkan ada 300 booth di festival ini. Ada juga pameran makanan halal antarabangsa.
Puas kami memusing booth, tetapi rupa-rupanya ruang pameran ada di pintu keluar masuk ke sebelah kanan. Aduhai...
Kus semangat, lautan manusia yang cukup ramai. Mungkin faktor cuti sekolah, ibu bapa mengambil kesempatan membawa keluarga ke sini. Kami dinasihatkan untuk sentiasa berselawat dan menyedekahkan Al Fatihah sepanjang kami berada diruang pameran artifak.
Tongkat baginda Rasulullah s.a.w.
Disini juga ada kronologi dan tarikh-tarikh penting perang-perang dalam sejarah Islam.
Bekas ini berisi darah Rasulullah s.a.w. Subhanallah.
Ini adalah batu dinding Masjid Quba.
Nampak tak helaian rambut milik Rasulullah s.a.w?
Alhamdulillah, ini sahaja yang Kak Ida dapat kongsikan di ruang pameran artifak milik Rasulullah s.a.w. Selepas ini Kak Ida akan kongsikan pula Pameran Rehlah Nabawiyyah pula.
Allahu, rasa sebak menyelubungi hati Kak Ida bila terpandang satu-satu peninggalan nabi dan sahabat nabi. Kak Ida rasa sangat bersyukur kerana dapat melihat artifak yang cukup-cukup bernilai ini.
No comments:
Post a Comment