Tuesday, August 14, 2018

Selamat bersara Abang Mail

Dua hari yang lepas, Kak Sikin ada bertanya sama ada jadual untuk tengahari Kak Ida masih kosong atau tidak. Tertanya-tanya juga, kenapa kan? Rasanya macam tiada sebarang urusan. 

Rupa-rupanya, Kak Sikin ada mengajak Kak Ida untuk menyantuni Abang Mail yang telah bersara.

Ya, Kak Ida memang sudah lama bekerja dengan Abang Mail. Hampir 16 tahun. Ya, seorang demi seorang "orang lama" sudah bersara. 

Kami berempat membuat keputusan untuk menjamu Abang Mail di Asam Pedas House di Bandar Baru Uda. Alang-alang makan tengahari kan. Dibawah adalah lauk pilihan kami untuk Abang Mail.


Sayur kangkung goreng belacan.


Sayur taugeh goreng.


Telur dadar.


Ikan merah masak asam pedas.


Ikan siakap goreng.


Sambil menyantuni beliau bagaimana rutin selepas bersara, ya Kak Ida akui lambat-laun Kak Ida juga akan bersara. Ini pun sedar tidak sedar sudah masuk tahun ke-16 Kak Ida bekerja kan? 

Cepat sungguh masa berlalu.

Paling memberi kesan pada Kak Ida adalah doa beliau pada Kak Ida. Sungguh, doa orang sekeliling menjadikan Kak Ida seperti hari ini dan masa akan datang.

Terima kasih Abang Mail atas doa. Insya-Allah, tahun depan Ida cuba merealisasikan doa abang. 





Ida titipkan doa supaya Abang Mail sentiasa sihat, dikurniakan rezeki yang berpanjangan dan capailah apa yang mahu dicapai dalam hidup selepas bersara.

Jangan lupakan kami disini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my