Selepas bersarapan, seperti biasa kami keluar. Pantai Pasir Hitam merupakan salah satu tempat yang ada dalam senarai lawatan ke Langkawi.
Kami sampai sini lebih kurang jam 8.00 pagi. Lengang... sebab di sini, meriah pada waktu petang dan malam. Memang nampak "janggal" kami ke pantai di waktu pagi. Hahaha
Ada jalan untuk ke pantai. Kak Ida tidak pasti, pantai ini boleh mandi atau tidak. Kenapa namanya Pantai Pasir Hitam? Ya, jangan risau. Disitu ada tertulis sejarah atau mitos serta fakta mengenai nama Pantai Pasir Hitam.
Menurut kisah dongeng, pada zaman dahulu kala, kerana cinta Kerajaan Laut dan Kerajaan Darat pada ketika itu. Peperangan tercetus di antara kedua-dua kerajaan tersebut. Namun begitu, tentera kerajaan laut terlalu ramai dan ini menggerunkan kerajaan darat.
Untuk menunjukkan betapa ramainya tentera kerajaan darat, unggun api dinyalakan disepanjang pantai. Akhirnya peperangan ini dapat dielakkan. Itu yang menyebabkan pasir menjadi hitam dari unggun api yang dibuat. Begitulah...
Pasirnya berwarna hitam. Nampak kan?
Pemandangan disini juga sangat-sangat cantik. Ada juga kapal nelayan yang berlabuh disitu. Morning walk di pantai cukup memberi impak yang menenangkan Kak Ida.
Namun sebenarnya, pasir pantai ini berwarna hitam adalah disebabkan campuran mineral dan komposisi tanah yang terdapat di pantai ini iaitu campuran granit dengan deposit lurmalin, ilmenit dan zircon.
No comments:
Post a Comment