Selepas bersarapan, kami membuat keputusan untuk check-out awal dari P Motel.
Kak Ida buat keputusan untuk berjalan-jalan berhampiran dengan airport Langkawi sahaja. Tidak mahu tergesa-gesa kerana perjalanan ke airport sahaja memakan masa lebih kurang 20 minit.
Jadi, Kak Ida membuat keputusan untuk ke Laman Padi. Laman Padi ini merupakan salah satu tempat "must to go" di Langkawi.
Di Laman Padi, kita akan melihat sawah padi terbentang luas dan ini menjanjikan pemandangan yang sangat-sangat indah dan menenangkan.
Kebanyakan pelancong akan datang pada waktu petang kerana disini juga terdapat restoran dan steamboat.
Jadi, boleh faham-faham sendiri bila kita ke Laman Padi pada waktu pagi. Memang lengang. Hahaha... Semua pekerja dan staf disitu Kak Ida tegur.
Pintu depan masuk Laman Padi.
Cantiknya bunga ini.
Morning walk. Alhamdulillah, nampak sangat effect kurus disitu (positives thinking).
Ada juga geng disitu. Menemani Kak Ida jalan-jalan melewati Laman Padi. Kah!
Ikutlah resmi padi. Semakin berisi semakin tunduk. Jangan mengikut resmi lalang. Gituw
Warna padi yang kekuning-kuningan. Kalau Kalau ada cahaya matahati, dari jauh seperti warna emas.
Pintu masuk Muzium. Sebenarnya Kak Ida tidak pasti ada entrance fee atau tidak masuk ke muzium. Sebab memang cukup lengang. Hanya ada pekerja membersihkan kawasan di sekitar muzium.
Lukisan mural yang ada didinding Muzium Laman Padi. Sungguh cantik.
Persekitaran luar Muzium Laman Padi ada ada diletakkan beberapa peralatan yang digunakan untuk untuk pesawah. Antaranya tempat menumbuk padi, mesin pembajak dan lain-lain.
Paling menarik perhatian Kak Ida adalah Laman Herba. Disini terdapat banyak pokok-pokok herba ditanam.
Antaranya daun setawar, daun kunyit, tebu hitam, terung susu kambing, daun selasih dan macam-macam lagi.
Mama sempat berkongsi, tebu hitam banyak digunakan untuk rawatan perubatan sihir dan santau. Huhuhu
Banyakkan jenis beras. Oh ya, disetiap balang ini juga diletakkan cili kering bagi mengelakkan kutu beras.
Petua katanya.
Pada zaman dahulu, kerbau digunakan untuk pesawah.
Laman padi ini juga diserikan dengan kokokan ayam. Suasana kampung memang dapat dirasai di sini. Sungguh mendamaikan jiwa.
Sekeping gambar untuk kenangan.
Alhamdulillah, Kak Ida sempat terserempak ada pekerja sedang mencabut anak padi untuk disemai di tempat lain.
Ralit dibuatnya.
No comments:
Post a Comment