Ya, inilah hotel tempat Kak Ida menginap sepanjang Kak Ida berada di Langkawi. P Motel yang berdekatan dengan Pekan Kuah. Jika niat kita ke Langkawi mahu bershopping, Kak Ida sangat-sangat sarankan anda ke sini.
Jika dari airport, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. Oklah, cukup-cukup selesa bila Along menempah family room dengan harga RM 120/semalam.
Luas dengan dua katil king. Sesuai dengan review customers sebanyak 8.6 bintang pada tahun 2016.
Pemilik hotel ini juga sangat ramah. Paling penting, parking tidak susah. Berlambak parking!
Sejujurnya, Kak Ida terkejut sebab tempahan hotel ini beserta dengan breakfast.
Paling mengujakan Kak Ida bilamana hotel ini, kita perlu membasuh cawan dan pinggan selepas digunakan. First time rasanya. Hahaha.
No comments:
Post a Comment