Friday, August 10, 2018

Jalan-jalan Langkawi | Laksa Ikan Sekoq

Ya, kesimpulannya dua hari berturut-turut Kak Ida ke sini. Menikmati laksa kegemaran Kak Ida.


Jangan tidak tahu, Laksa Ikan Sekoq masuk dalam ittenary eh. Sebelum berjalan-jalan, kenyangkan perut Kak Ida dulu dengan laksa. Haih.

Laksa Ikan Sekoq ini berhampiran betul dengan airport Langkawi. Jadi, memang tidak menghairankan jika sambil makan, mata kita "dijamukan" dengan flight landed. Memang wow sungguh (nampak kejakunan Kak Ida disitu). Hahaha

Laksa Ikan Sekoq ini mengambil masa lebih kurang lima minit perjalanan sahaja. Cop, memang banyak lori disitu yang menjual Laksa Ikan Sekoq ya. Cari yang betul-betul original ya.

Sebesar periuk kuah laksanya. Memang orang yang datang pun tidak putus-putus memesan menu yang sama.


Pasembor Kuala Kedah. Sedap kuahnya.


Setiap laksa memang akan ada ikan sekoq. Harganya RM 5.00 sepinggan. Murah kan?




Suasana makan disini adalah ditepi laut ya. Dihembus angin pantai di waktu petang sangatlah "lumayan" perasaannya. Boleh juga makan ditepi pantai jika mahu.


Cucur udang

Selain itu, menu yang dihidangkan adalah Bihun Sup Teruna, air kelapa, rojak buah madu 3 dan lain-lain lagi.



Paling menarik jika berjalan-jalan disitu, ada rezeki kita akan jumpa orang mencari rezeki di di laut. Mereka mencari bronok atau timun laut (sea cucumber).

Asalnya Kak Ida ingatkan gamat. Dua tiga kali bertanya untuk kepastian, ya betul bronok atau nama saintifiknya ialah Acaudina molpadioides. Gituw...

Segar dari laut dan ia akan dijual di restoran.

Bronok merupakan hidangan wajib jika kita ke Langkawi.

Sempat berbual dengan orang disitu, bronok akan dicampur dalam kerabu. Kerabu bronok ini makanan eksotik ya. Rasa makanan seperti sotong lembut. (Malangnya Kak Ida tidak sempat hendak merasa kali ini). Huhuhu

Ok, jangan lupa waze Laksa Ikan Sekoq ya. Waze sahaja kerana ia mudah dicari.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my