Monday, May 3, 2021

Pertama kali memasak lauk berpantang

"Saya teringin nak makan ikan masin. Sedapnya."

Alamak, ikan masin? Tergaru-garu kepala memikirkan ikan masin apa untuk orang yang sedang berpantang. 

Sejujurnya, Kak Ida memang tidak pernah memasak lauk untuk orang berpantang. Lauk pantang Kak Ida pula selalunya ikan dan ayam. Ikan haruan jauh sekali. 

Zaaasss, ada talian hayat. Laju jari menekan butang telefon.

"Kak, mana?"

"Ada ni kat rumah. Kenapa?"

"Err kak, nak tanya. Kalau orang berpantang, ikan masin apa yang sesuai untuk dimakan dan apa yang sesuai untuk dimasak?"

Tergelak Kak Zulhaya Marzuki bila mendengar soalan dari Kak Ida. Straight to the point! Takde corner-corner.

"Ikan masin kurau boleh Ida. Ida tau tak ikan masinnya macam mana?" risau si kakak bila mengenangkan adiknya yang sorang ini bila mahu memasak.

"Err... mesti kedai ada tulis kan kak nama ikan masin tu. Takpe kak, takpe. Agak-agak Ida tak tahu, kita tanya terus orang kedai!" 

Mudah jalan penyelesaian Kak Ida jawab pada Kak Haya. Selagi boleh cover, kita cover sebaik mungkin. Hahaha 

"Nanti pecah bawang merah, bawang putih. Tabur dengan lada hitam. Lada hitam elok untuk orang berpantang. Takpun, Ida boleh buat kari. Santan tak payah letak banyak." satu-satu Kak Haya menerangkan resipi.

"Oooo... ok kak. Faham, faham. Nanti Ida tak faham, Ida tanya balik. Doakan Ida ya kak." 

Sambar kunci kereta, terus ke kedai. Dalam perjalanan, teringat pula mama, Saleha Bt Meoun selalu masakkan sup ayam campur daun sawi. Antara lauk kegemaran Kak Ida ketika berpantang.

Nah. Memang Allah permudahkan. Mujur ada ditulis "ikan masin kurau." Ok confirm ni. Confirm, tak salah. Ambil sayur sawi, ayam, bawang holland, daun sup dan halia. 

Alhamdulillah, barang yang diperlukan semua sudah ada. Tengok balik arahan Kak Haya, boleh ni... boleh ni... Hahaha. Sabar ajelah. Cuak! 

Tung tang, tung tang... akhirnya,

Nasi, ikan masin kurau dan sup ayam + sawi. 




Kak Ida bekalkan sekali minyak Bubble Belly. Elok untuk ibu yang sedang berpantang. Minyak ini penuh dengan herba untuk elakkan badan dari masuk angin.


Tepek sini sebagai kenangan.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my