Friday, May 21, 2021

Cuti Pertengahan Penggal telah bermula

Johor (Kumpulan B) sudah mula bercuti pertengahan tahun selama dua minggu. Alhamdulillah, anak-anak dalam keadaan sihat walaupun pandemik Covid 19 masih belum "kebah" dengan angka-angka yang tidak menunjukkan penurunan kes.


Sumber: Aen Irdina

Apa aktiviti yang kita boleh buat sepanjang cuti dua minggu ini dan dalam masa yang sama, kita juga telah diperintahkan untuk Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula 1 - 14 Jun 2021.

- Cari aktiviti atas talian. Kak Ida selalunya akan memperuntukkan sedikit masa untuk mencari program-program yang akan berlangsung sepanjang cuti sekolah ini. Banyak webinar, kursus yang dibuat oleh syarikat atau orang perseorangan.

- Kuiz atau penyertaan pertandingan. Boleh rujuk di facebook terutama Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing yang membuat aktiviti pertandingan yang bersesuaian dengan anak-anak.

- Menyertai virtual run.

Ok, jom kongsi aktiviti apa lagi di ruangan komen ya. 



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my