Monday, May 10, 2021

Munjung PKP 2.0

Alhamdulillah,

Uniknya di Johor, khususnya mereka yang berketurunan Jawa, adat munjung kekal dilakukan sehingga sekarang, iaitu pertukaran juadah di pagi raya atau menjelang hari raya sesama jiran tetangga seperti ketupat, rendang, lodeh, sambal kacang dan lain-lain.

Kemeriahan bertukar-tukar juadah ini sangat dirasai dan keenakan juadah yang dimasak dikongsi bersama-sama membuktikan silaturrahim antara jiran tetangga sangat kuat dan utuh.

Ibarat pepatah melayu, "hati kuman sama dicicah, hati gajah samap dilapah."


Terima kasih achu dan Umie Qiesya kerana sudi "munjung" ke rumah. Bawakan dodol istimewa dan duit raya untuk anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my