Friday, May 14, 2021

Perginya seorang kakak

Allahuakbar,

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Terkejut membaca mesej di WhatsApp sehinggakan Kak Ida kelu. Baru semalam bercakap tentang beliau dengan Teacher Roziah Salim.

Salam takziah untuk keluarga cikgu Daliah Abadi yang telah pergi meninggalkan kita di hari Jumaat ini.

Cukup terasa dengan pemergian beliau. Ibarat kakak pada Kak Ida dan ibu untuk semua anak-anak istimewa Sek. Keb. (P) Bandar Tinggi. 

Selamat berehat di negeri yang abadi. Semoga syurgalah tempat mu. Semoga Allah s.w.t melapangkan kuburmu selapang-lapangnya dengan segala kebaikan di dunia ini. Jasa dan kebaikan cikgu tetap Kak Ida kenang sepanjang hayat. 


Paling pasti, anak-anak mesti akan tercari-cari kelibat cikgu yang sentiasa menanti anak-anak kami di pintu sekolah. 

Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my