Monday, May 31, 2021

Malaysia 100 Juta Langkah menentang Rasuah

Alhamdulillah, malam tadi baru berkesempatan untuk mengemaskini larian 100 juta langkah menentang rasuah.

Malaysia 100 Juta Langkah menentang Rasuah adalah acara CSR yang dianjurkan oleh CheckPointSpor dengan kerjasama gerakan Rasuah Busters. Acara ini memberikan ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan solidariti bagi menentang budaya rasuah di negara Malaysia tercinta.

Acara ini juga mensasarkan 10,000 rakyat Malaysia bagi mengumpulkan 100 juta langkah dalam masa 30 hari. Setiap langkah akan mewakili usaha kita dalam membanteras budaya rasuah.

Ini kerana perubahan bermula dari DIRI KITA SENDIRI. Sekiranya kita berpendapat rasuah merosakkan negara kita, dan ingin membuat perubahan bersama dengan semua rakyat Malaysia, jangan teragak-agak untuk sertai acara ini. 

Daftarkan diri dan keluarga kita untuk menjadi sebahagian daripada gerakan menentang rasuah. Penyertaan adalah PERCUMA!

Jom daftar di www.checkpoint.asia/event/100juta

Syukur sangat-sangat, akhirnya Kak Ida berjaya juga mendapat Sijil Emas iaitu mesti menamatkan larian sebanyak 50,000 langkah.




Sunday, May 30, 2021

SDAYA Virtual Run

SDAYA Virtual Run (SDAYA VRUN) anjuran SK TAMAN DAYA dengan kKerjasama JPN Johor peringkat Negeri Johor 2021.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Larian secara terus atau terkumpul untuk 5KM.

Penyertaan adalah PERCUMA.

Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah Negeri Johor
Kami menjemput anda semua untuk menyertai larian ini.
Anda layak untuk mendapat e-sijil penyertaan peringkat negeri yang diiktiraf.
AYUH! Sahut cabaran ini dan cabarlah diri anda!

Langkah 1:
Daftar Segera

Langkah 2:
Fahami Syarat dan Peraturan SDaya Vrun

Langkah 3:
Mulakan larian anda
(rekod larian anda / larian terkumpul anda dengan menggunakan aplikasi larian yang sesuai)

Langkah 4:
Hantar bukti larian anda mengikut kategori.

TAHUN 4:

TAHUN 5:

TAHUN 6:

Jangan tunggu lagi.
Program sukan yang akan dipertimbangkan untuk markah PAJSK Peringkat Negeri!

Tarikh pendaftaran: 
13 Jun 2021 – 15 Jun 2021

Tempoh larian / penghantaran bukti:
15 Jun 2021 - 1 Julai 2021

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Cikgu Rosmie bin Yousof (0197498338) atau Cikgu Mohd Shafiq bin Rukani (0197272417)

Alhamdulillah, permohonan vaksin

 Alhamdulillah, keputusan permohonan vaksin sudah diterima. 

Kurang dalam tempoh 48 jam dari SMS pertama yang diterima, pagi tadi Kak Ida dapat satu lagi SMS untuk menyemak di MySejahtera.


Syukur, ada rezeki kali ini untuk vaksin jenis AstraZeneca selain dari Prifzer. Hanya dua vaksin ini diterima untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah nanti.

Ya Allah, kepadaMU aku berserah.


Anak Istimewa

Anak Istimewa 

ٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ ٱلْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَارٍ
Allah Dia mengetahui apa yang dikandung setiap wanita dan apa yang kurang sempurna di rahimnya dan apa yang bertambah. Dan setiap sesuatu disisiNya ada ukurannya.
Allah knows what every female bears and what increases and decreases in the wombs. And with Him everything is determined with precision.
(Ar Ra'd 13:8)


Setiap pasangan pasti mahukan zuriat yang lahir sempurna akal dan fizikalnya. Sungguhpun begitu, tiada siapa yang mampu menolak qada' dan qadar Allah swt apabila dianugerahkan yang sebaliknya.
Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui, Dialah sebaik-baik Pentadbir. 

Bukan mudah membesar dan mendidik anak-anak istimewa. Setiap hari dilalui dengan penuh cabaran, baik dari sudut fizikalnya mahupun emosi. Bukan calang-calang ujian yang Allah berikan kepada mereka yang punya anak istimewa. Harapannya adalah ujian ini menjadi asbab untuk si ibu bapa juga ke syurga, bukan sebaliknya.

Forum Parent-Help-Parent yang akan datang menjemput ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anak istimewa untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan tips mengurus anak mereka. 

Begitu ramai ibu bapa anak istimewa lain yang sangat berharap akan sokongan dan 'how to' daripada ibu bapa yang berada dalam situasi yang hampir sama.

Sebagai ibu bapa, kita ada satu sama lain. Gunakan platform sebegini untuk 'reach out' dan mendapatkan apa yang kita perlukan. Innshaa'Allah pasti ada maklumat yang berguna untuk kita nanti.

Jumpa 30 Mei ini ya.

Saturday, May 29, 2021

Webinar Kursus Asas Robotik

 Alhamdulillah, hari ini Aisyah berkempatan untuk mengikuti Webinar Kursus Asas Robotik anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak. 

Webinar ini agak padat kerana bermula jam 9.00 pagi - 6 petang. Banyak aktiviti hands on dengan menggunakan perisian Tinkercad. Memang menarik!

Tahniah Aisyah kerana dapat menghabiskan webinar ini. Memang sangat mencabar. 


Counselling Fun Talk | Mental Health Awareness

Counselling Fun Talk : Mental Health Awareness


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Kebelakangan ini, peningkatan isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan lebih-lebih lagi sejak berlakunya pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, kesedaran mengenai isu kesihatan mental ini masih kurang dalam masyarakat sekarang. 

Berminat ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu kesihatan mental yang sering berlaku sekarang ?

Pernah terfikir bagaimana pengalaman sebenar yang dihadapi oleh seseorang yang mengalami Major Depressive Disorder ?

Anda boleh menyertai program ini bagi menjawab segala persoalan anda.

Seksyen Kaunseling dan Kebajikan Pelajar (SKKP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) akan mengadakan :

Counseling Fun Talk : Mental Health Awareness
Tarikh : 29 Mei 2021
Hari : Sabtu
Jam : 9.00 am - 12 pm

Platform : Cisco Webex
Meeting number (access code): 158 958 2711
Meeting password: Kaunseling2021


Terbuka kepada semua pelajar UPMKB dan peserta luar

Penyertaan adalah percuma

E-sijil disediakan
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Syukrina (0138004142)
Nurfitriyaani (0138263038)

Sumber diSINI

Friday, May 28, 2021

Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok

Yok, kita join Giveaway. Ada rezeki dapat duit raya kerana giveaway ini berlangsung sehingga 2 Jun 2021.


Hadiah untuk pemenang adalah:-

Duit raya RM20
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10
untuk 2 orang pemenang

Duit raya RM5
untuk 4 orang pemenang

Bengkel Kaedah Mengukur Arah Kiblat 2021

Bengkel Kaedah Mengukur Arah Kiblat 2021


Tahukah anda bahawa dalam bulan Mei ini sahaja banyak fenomena langit telah berlaku terutamanya di langit Malaysia. Jadi alangkah ruginya jika kita terlepas fenomema langit ini kerana ianya amat jarang berlaku.

Fenomema yang kami maksudkan ialah Istiwa'Azam iaitu fenomema matahari di atas Kaabah.

Lantaran itu, bagi memastikan anda mendapat memahami dan merasai sendiri pengalaman peristiwa Istiwa' Azam, kami Kelab Astronomi (KASTRO) UniSZA menjemput semua rakyat Malaysia dan mahasiswa/i UniSZA terutamanya peminat peminat alam semestar untuk menyertai Bengkel Kaedah Mengukur Arah Kiblat 2021 yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh
28 Mei 2021/Jumaat

Bersamaan
16 Syawal 1442 H

Masa
2.30 petang

Medium
CISCO Webex

Panel Jemputan
1) Prof. Madya. Dr. Baharrudin Zainal
Felo INSPIRE & Pensyarah,
Universiti Sultan Zainal Abidin.

Bengkel ini adalah terhad kepada 300 orang yang terawal sahaja.

Kami juga menyediakan e-sijil bagi penyertaan bengkel ini dan link pendaftaran program telah pun disediakan dibawah. Pastikan anda sertai group telegram bengkel ini bagi memudahkan urusan sijil dan perkongsian link program. Semoga bengkel ini mampu membuka minda rakyat Malaysia dan bertambah minat kita kepada Ilmu Astronomi.

Link Pendaftaran :

MENGENAL ILAHI MELALUI ASTRONOMI

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT MENGENAI INFO-INFO ASTRONOMI.

FB: Kelab Astronomi UniSZA

IG : kastrounisza

"Mengenal Ilahi melalui astronomi"

Pertandingan Puisi Bertemakan "Pertanian Menghiasi Bumi"

Pertandingan Puisi Bertemakan "Pertanian Menghiasi Bumi"


Jika anda gemar berpuisi dan ingin menyerlahkan bakat anda, inilah masanya!

Ayuh sertai pertandingan puisi yang dianjurkan oleh Kelab MyAgrosis USIM! Terbuka kepada semua pelajar IPT & IPTS

Tema: Pertanian Menghiasi Bumi

Tarikh Pertandingan
 5 Mei 2021 - 20 Jun 2021.
 
Hadiah Wang Tunai yang lumayan menanti pemenang.

E-SIJIL disediakan bagi setiap penyertaan.

Syarat-syarat pertandingan:
Puisi yang dihasilkan mestilah mengikut kreativiti sendiri dan bertepatan dengan tema yang telah ditetapkan. 

Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap individu. 

Pendaftaran dan penghantaran puisi hendaklah dihantar melalui Google Forms yang telah disediakan. 
Puisi mestilah dihantar di dalam format "Word" document. 

LINK GOOGLE FORMS: 

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 30 JUN 2021

Sebarang pertanyaan hubungi:
Syamimi; 0145907213
Sakinah; 0108084919

Ikuti perkembangan kami di:
Instagram: @myagrosisusim 
Facebook page: MyAgrosis Usim 
Twitter: MyAgrosisUSIM 
KELAB MYAGROSIS 20/21
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Kempen Jom Istighfar

 Kak Ida menyokong Kempen Jom Istighfar.

"Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
(HR Abu Daud)


Virtual Fun Run PG1 Peringkat Negeri Johor 2021

Virtual Fun Run PG1 Peringkat Negeri Johor 2021


Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Buat semua warga Johor! SMK Pasir Gudang buat julung kalinya mengadakan Virtual Fun Run Peringkat Negeri Johor bagi mempromosikan gaya hidup sihat untuk semua murid dan guru di negeri Johor.
    
Terdapat banyak kategori yang disediakan, ibu bapa juga boleh turut serta dalam acara larian ini sebagai tanda memberi sokongan kepada anak-anak yang menyertai acara larian ini.

Part Paling Best!
Semua penyertaan dengan resit penyertaan yang sah bakal menerima:
1. Baju larian edisi terhad
2. Medal finisher
3. Sijil 

Pembayaran secara atas talian. Maklumat akaun PIBG
1. Nama akaun: PIBG SEK MEN PASIR GUDANG
2. NO AKAUN : 01087010002102
3. BANK ISLAM BERHAD MALAYSIA

Tatacara pembayaran secara atas talian (online) RM 35.00

- Nama dan jumlah bayaran:
- Tarikh bank in:
- Perincian pembayaran: Virtual Fun Run 
(Transfer details / reference : Virtual Fun Run)

Link pendaftaran 

Link tamat larian 

Tunggu apa lagi, sertai segera! 

p/s : Ini adalah peluang kepada semua murid bagi mendapatkan markah penglibatan aktiviti peringkat negeri bagi kokurikulum, jangan lepaskan peluang ini!

Wednesday, May 26, 2021

Wacana Astronomi 3.0 | Kiblat dan Gerhana Bulan Penuh

 WACANA ASTRONOMI 3.0 : Kiblat dan Gerhana Bulan Penuh


Tahukah anda bahawa di dalam bulan Mei ini sahaja banyak fenomena langit telah berlaku terutamanya di langit Malaysia. Jadi alangkah ruginya jika kita terlepas fenomema langit ini kerana ianya amat jarang berlaku. 

Fenomema yang kami maksudkan ialah Gerhana Bulan Penuh dan Istiwa'Azam (Kiblat berada di atas Kaabah).

Lantaran, bagi memastikan anda mendapat memahami dan merasai sendiri pengalaman melihat Gerhana Bulan Penuh dan Peristiwa Istiwa' Azam, kami Kelab Astronomi (KASTRO) UniSZA menjemput semua rakyat Malaysia dan mahasiswa/i UniSZA terutamanya peminat peminat alam semestar untuk menyertai webinar kiblat dan Gerhana Bulan Penuh yang akan diadakan seperti perincian berikut : 

Tarikh
26 Mei 2021/Rabu

bersamaan
14 Syawal 1442 H

Masa
2.30 petang

Medium
Siaran Langsung di Facebook KELAB ASTRONOMI UniSZA

Panel Jemputan
1) Al-Fadil Ustaz Mohamad Faizal bin Jani
Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Perak
2) Prof. Madya. Dr. Baharrudin Zainal
Felo INSPIRE & Pensyarah,
Universiti Sultan Zainal Abidin.

Kami juga menyediakan e-sijil penyertaan webinar ini dan link pendaftaran program telah pun disediakan dibawa. Pastikan anda masuk kumpulan Whatapp webinar bagi memudahkan urusan sijil dan perkongsian link program. Semoga webinar ini mampu membuka minda rakyat Malaysia dan bertambah minat kita kepada Ilmu Astronomi.

MENGENAL ILAHI MELALUI ASTRONOMI
IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT MENGENAI INFO-INFO ASTRONOMI. 

FB: Kelab Astronomi UniSZA
IG : kastrounisza

"Mengenal Ilahi melalui Astronomi"

World Autism Month Virtual Charity Run anjuran PEPIAS

Reda sikit rasa hati selepas bertarung untuk merebut tempahan vaksin.


Dapat parcel dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) sempena World Autism Month Virtual Charity Run. Rujuk diSINI.

Cantik medal dan bajunya.

"Unique is blessing."


Sunday, May 23, 2021

Kuiz Kesedaran Thalassemia anjuran REPSOL

Solidariti untuk sahabat Kak Ida yang mempunyai Thalassemia. Kuiz kesedaran anjuran REPSOL bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Sijil penyertaan peringkat kebangsaan akan diberikan kepada peserta kuiz ini.

Murid-murid digalakkan menyertai kuiz ini untuk memperolehi markah penyertaan peringkat kebangsaan demi memenuhi keperluan PAJSK. Jangan melepaskan peluang ini.



Saturday, May 22, 2021

Terima kasih kekandaku

Dapat panggilan untuk confirmkan nama dan alamat.

Tertanya-tanya siapa pula yang nak datang. 

Pakej bawa bouquet. Salah alamat ke? 

"Assalamualaikum. Kak Ida ya?"

Ya saya. Kenapa ya?

"Ni, saya nak sampaikan bouquet untuk Kak Ida."


Sudah. berdebar pula. Siapa yang beri?

"Maaf kak, saya tak boleh beritahu. Ada kad disitu."

Buka kad, tiada pula nama pengirim.

Kekanda, adinda. 

Rasa macam ku tahu siapa pengirimnya. Tidak semua orang Kak Ida gelar dengan panggilan ini.

Allahuakbar. Terima kasih Yusnorsyazana Mohd Yunos

Terima kasih. Terharu sangat. dengan kamu sekarang tengah menghadapi dugaan PkPd, sempat lagi buat kejutan.

Hugs dik.

Friday, May 21, 2021

Sister BF berkumpul lagi.

Dalam kekalutan hujung minggu, jika ada kesempatan masa, memang kami akan cuba untuk berjumpa. Hanya untuk bertanya khabar diri dan keluarga. Setiap seorang masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Selepas habis "mengukur" belakang rumah, Kak Ida rushing ke sini. 

"Abang, nanti tolong ambilkan gambar tradisi ya."

Pergh, gaya sebegini sudah hampir 4 tahun. Ukhuwah persahabatan ini sehingga ke syurga. Insya-Allah.

Terima kasih #SisterBF. Maaf datang dengan tangan kosong. Insya-Allah, habis di musim PKP nanti kita akan berkumpul semula. 

Nah, jom layan perangai gila kami bila bergambar. Hahaha







 

Yok mengukur belakang rumah

Simpan kenangan disini.

Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk berkongsi ilmu tentang pengukuran kadaster. Walaupun dalam tempoh yang singkat kerana cuaca tidak mengizinkan (hujan) untuk meneruskan sesi pengukuran.

Objektif hari ini adalah cara pemasangan alat, membuat datum andaian, membaca penyilang kiri dan kanan serta cara untuk "booking" dalam buku kerja luar. 




Bukan mudah ya untuk dirikan alat ini. Ingat lagi ketika Kak Ida belajar di POLISAS, setiap pelajar dikehendaki mendirikan alat dalam tempoh lima minit. Memang betul-betul lap peluh sebab salah satu pemarkahan.


Pastikan bubble masuk ya. Hihihi



Alhamdulillah, masa untuk mencerap pula.


Syukur sangat-sangat bila si dia sudi mengajar adik-adik ini. Dunia pengukuran sangat luas bidangnya. Bukan sekadar "ukur tepi jalan". 



 

Cuti Pertengahan Penggal telah bermula

Johor (Kumpulan B) sudah mula bercuti pertengahan tahun selama dua minggu. Alhamdulillah, anak-anak dalam keadaan sihat walaupun pandemik Covid 19 masih belum "kebah" dengan angka-angka yang tidak menunjukkan penurunan kes.


Sumber: Aen Irdina

Apa aktiviti yang kita boleh buat sepanjang cuti dua minggu ini dan dalam masa yang sama, kita juga telah diperintahkan untuk Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula 1 - 14 Jun 2021.

- Cari aktiviti atas talian. Kak Ida selalunya akan memperuntukkan sedikit masa untuk mencari program-program yang akan berlangsung sepanjang cuti sekolah ini. Banyak webinar, kursus yang dibuat oleh syarikat atau orang perseorangan.

- Kuiz atau penyertaan pertandingan. Boleh rujuk di facebook terutama Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing yang membuat aktiviti pertandingan yang bersesuaian dengan anak-anak.

- Menyertai virtual run.

Ok, jom kongsi aktiviti apa lagi di ruangan komen ya. 



Thursday, May 20, 2021

Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Raya Teacher

Alhamdulillah, sedikit tanda ingatan untuk teacher yang telah mendidik khalifah.


Kad ucapan terima kasih dari anak-anak.


Alhamdulillah, siap disusun di dalam beg kertas.

Terima kasih teacher. 

Semenjak Aina berumur 4 tahun disitu, kemudian Ammar dan akhirnya Adilah.

... dari tidak tahu ABC, anak-anak lancar membaca.

... dari tidak tahu nombor 123, anak-anak sudah mampu mengira.

Menjadi khalifah terdidik. #ChooseToBeGood

Allahu, terima kasih teacher.





Wednesday, May 19, 2021

Denton's Rodyk: Running Strong at 160 | 42Race

Alhamdulillah,

Dapat satu parcel dari Singapura. Sudah, dari siapa pula. Terus Kak Ida minta si dia bukakan parcel

Eh topi, cantiknya!

"From Denton's Rodyk yang?" 

Entah bang, tak pernah pula Ida dengar. Cuba abang Google?

Terus si dia capai telefon bimbit di meja.

"Syarikat lawyer ni. Ida ada masuk apa-apa ke?"

Buka Facebook, buat searching tentang Denton's Rodyk. 

"Laaa, Ida join virtual run dari 42Race la abang. Ini cenderahati kerana dapat habiskan larian."

Terima kasih Denton's Rodyk: Running Strong at 160. 



Dapat cenderahati untuk #VirtualRun 42Race.

Monday, May 17, 2021

Survival skill | Makan maggie

Balik kerja, menggigil lapar. Nak masak untuk makan malam, macam awal lagi. Kalau boleh yang nak cepat dimasak.

Jenguk rak, alhamdulillah. Ada dua pek maggie perisa kari, tiga pek perisa sup ayam.

Kecur terus air liur. Lama betul tak makan.

Nah, jerang kuali terus. Masukkan air dalam empat cawan. Tidak mahu kuah terlalu pekat. 
Masukkan tiga pek mee, dua pek perencahnya.
 
Eh, macam ada sayur sawi di Kebun mini teres . Kak Ida ke depan, gunting, basuh dah terus masukkan sayur ke dalam kuali. Segar! 

"Ibu, Ammar nak egg."

"Aisyah pun."

Mmm... ibu pun nak juga... 

Keluarkan empat biji telur dalam peti ais. Kak Ida pecahkan telur satu persatu, masukkan ke dalam mangkuk dan curahkan ke dalam kuali.

Telur direneh dengan api perlahan. Pastikan kuning telur tidak terlalu masak. 

Siap! 

Cedukkan setiap seorang semangkuk.

Berebut-rebut anak menikmati maggie kari panas-panas. Istimewanya mangkuk Kak Ida ada telur kuning separuh masak, sayur dan KIMCHI! Sedap wooo... 

Alhamdulillah, dapat juga mengalas perut yang kelaparan. 

Maaf kalau teracun ya. 



Saturday, May 15, 2021

Escape To Nature

 Hari Raya ketiga kami membuat keputusan untuk Escape To Nature di Le Grandeur Palm Resort Johor. Since Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami perlu mencari tempat yang tidak ramai orang.

Alhamdulillah, serius tempat ini menenangkan. Tidak ramai pengunjung. Walaupun tidak boleh menggunakan fasiliti seperti kolam renang, gim, padang golf dan lain-lain, hotel ini mempunyai bath tub untuk anak-anak bermain air.

Satu bentuk kesyukuran juga kan?


Kami sampai lebih kurang jam 2.00 petang. Check-in dulu.


Bilik kami menginap. Alhamdulillah, menepati impian si dia yang mahukan bilik balkoni.


Walaupun style lama, bilik ini sangat luas dan selesa. Sengaja memilik saiz katil king. Anak tidak berebut katil. Hahaha



Bergambar di penjuru bilik. Fefeeling gituw.













Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my