Thursday, September 19, 2019

Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah

Hari ini adalah hari kemuncak Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

Antara acara yang dipertandingkan sempena Hari Kemerdekaan ialah menghias kelas, baju tradisional, koir, nyanyian solo, mencipta buku skrap, mendeklamasi sajak dan mencipta topi merdeka.

Pada 11 September 2019, guru kelas Aina berkongsi syarat-syarat pertandingan.

Syarat-syarat pertandingan mencipta topi ialah:-
+ Topi perlu disediakan sendiri.
+ Boleh menghias topi mengikut kreativiti masing-masing tetapi harus berunsurkan kemerdekaan.
+ Harus dibuat bersama keluarga.
+ Ambil gambar semasa membuat dan hantar dalam WhatsApp group kelas masing-masing sebagai bukti.


Syarat-syarat pertandingan mencipta buku skrap pula ialah:-
+ Tajuk "Tokoh-tokoh Kemerdekaan".
+ Fakta yang diberikan harus benar dan tepat.
+ Buku skrap harus kemas dan fakta harus berurutan.
+ Perlu menunjukkan kreativiti dalam mencipta buku skrap.


Alhamdulillah, antara banyak acara-acara yang dipertandingkan, Aina telah mengambil empat acara pertandingan iaitu mewarna poster, mencipta buku skrap, mencipta topi merdeka dan baju tradisional.

Hari ini 19 September adalah hari kemuncaknya. Seawal pagi Kak Ida dan Aina sudah "terpacak" di pejabat. Sambil menunggukan Joan sampai, Kak Ida ambil peluang untuk make-upkan Aina terlebih dahulu.



Taaddaaa.... Terima kasih auntie Joan. 

Bertempat di dewan sekolah, Aina cukup comel berbaju tradisional kaum india iaitu sari.


Sambil menunggu nombor giliran.


Aina bergambar kenangan bersama sahabat-sahabatnya.



Aina bersama guru kelas 1 Etika. 


Alhamdulillah, Aina memang besar hari ini. 

Johan untuk pakaian tradisional.
Naib Johan mencipta buku skrap.
Naib Johan mencipta topi kemerdekaan.
Naib Johan mewarna poster.




Alhamdulillah, tahniah Aina. Insya-Allah, kita join lagi ya tahun depan. 


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my