Tuesday, September 3, 2019

Kaki Tempurung Kelapa

Hari ini teacher berkongsi gambar Ammar mencuba permainan kaki tempurung yang merupakan salah satu daripada permainan tradisional. Ia menggunakan tempurung kelapa sebagai alas kaki untuk berlumba atau berjalan.


Menurut http://kakitempurung.blogspot.com, tempurung kelapa yang digunakan dalam permainan ini adalah tempurung jantan. Ia mudah dikenali kerana mempunyai tiga mata di permukaan tempurung kelapa. Salah satu daripada lubang tersebut mempunyai satu lubang yang nipis bagi memudahkan ia ditebuk.

Dengan menggunakan sebahagian (sebelah jantan) sebiji kelapa yang telah dibelah dua dan diparut isinua, ia dijadikan sebagai salah satu alat permainan untuk permainan lumba kaki tempurung.


Jom kita tengok Ammar berjalan dengan menggunakan tempurung kelapa. Bukan mudah sebenarnya kerana kita perlu pandai mengimbangi badan ketika berjalan di atas tempurung kelapa itu.

Good job Ammar!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my