Tuesday, September 3, 2019

Kad AEON Member Plus Visa dan aplikasi AEON Wallet

Petang semalam, Kak Ida balik awal dari biasa. Aisyah ada tuisyen yang perlu disantuni pada malam itu. Tapi, dalam perjalanan, Kak Ida dapat WhatsApp yang tuisyen terpaksa ditangguhkan kerana cikgu ada kematian.

Alang-alang, semua ada, si dia membuat keputusan untuk bawa kami anak-beranak untuk berjalan di Jusco, Taman Universiti.

Nah, inilah si dia. anak mesti jalan beriringan untuk memastikan semua "on line". Hahaha...


Kami membuat keputusan untuk membeli sedikit barang di Jusco. Mengenangkan kad jusco Kak Ida sudah tamat, Kak Ida ke kaunter khidmat pelanggan untuk renew semula kad keahlian.

Bayangkan berapa lama Kak Ida sudah tidak ke Jusco, rupa-rupanya, banyak perubahan sudah berlaku. Antaranya, tiada lagi kad jusco

Hallah... hallah...

Staf di kaunter maklumkan akan berikan baucar dan seterusnya kad itu akan terminated. 


Alhamdulillah, banyak juga baucar yang dapat. Hahaha... Rezeki katanya....

Kemudian, Kak Ida terus ke kaunter AEON Cards berdekatan dengan kaunter khidmat pelanggan untuk pendaftaran. AEON merupakan peruncit pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menyediakan program kesetiaan yang dihubungkan secara terus dengan sistem pembayaran baharu iaitu kad AEON Member Plus Visa dan aplikasi mudah alih AEON Wallet.

Kad prepaid (prabayar) ini berbeza dengan kad debit. Walaupun konsepnya sama, tetapi ia tidak memerlukan akaun bank. Walaupun kita boleh "add" duit ke akaun kad ini menggunakan Online Banking, tetapi, duit yang ada di dalam kad ini sahaja yang boleh digunakan. Tetapi tidak bersambung ke akaun simpanan.

Banyak kelebihan kad prepaid ini adalah dari segi keselamatan. Jika kad ini hilang dan digunakan, kad ini tidak membahayakan akaun bank.

Buat masa ini, pendaftaran kad ini adalah PERCUMA..





Aina dapat baju renang yang baru.

Kami teruskan dengan makan malam di Pizza Hut. 




Keluarga kecil kami.



Alhamdulillah, perut sudah kenyang, moh kita balik. Esok sekolah... Hahaha


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my