Friday, September 27, 2019

Pengalaman ke Back and Neck Chiropractic Johor Bahru

Semenjak kebelakangan ini, Kak Ida mengalami sakit belakang yang agak teruk. Nak rukuk pun agak sukar. Melilit sakitnya sampai ke kaki.

Hari ini gagahkan diri untuk ke Back and Neck Chiropractic yang terletak di Jalan Harimau Tarum, Taman Abad.

Kak Ida kongsikan apa itu kiropraktik. 
Kiropraktik adalah satu teknik tekanan (picit), urutan, penarikan dan tekanan-tekanan pada vertical yang dapat melegakan sendi-sendi yang terkehel dan meletakkan kembali tulang-tulang yang "berubah". Ia merupakan salah satu kaedah (tanpa ubat) yang membetulkan tulang pinggul yang menjadi tunjang penting kepada anggota badan dan seterusnya membetulkan tulang belakang dan sendi-sendi yang lain.

Sebelum kita datang, pastikan kita membuat temujanji dahulu untuk mengelakkan kita menunggu lama. Staf melayan kita dengan baik sekali.


Temujanji Kak Ida pada jam 4.00 petang. Sampai di klinik, Kak Ida perlu mengisi borang maklumat peribadi dan latar belakang sejarah penyakit (jika ada) dan penyakit yang kita alami sekarang.

 Tunggu sehingga giliran kita "naik". Doktor akan memanggil kita untuk konsultasi terlebih dahulu.

Doktor akan menunjukkan secara visual punca yang terjadi. Alhamdulillah, memang kita boleh faham.

Seterusnya, Kak Ida masuk ke bilik rawatan untuk merenggangkan urat. Hampir 10 minit Kak Ida duduk di bilik rawatan ini sambil dibantu oleh staf yang bertugas.

Selepas habis treatment ini, Kak Ida masuk ke bilik sebelah. 

... dan nah, memang lega sangat bila doktor memulakan proses kiropraktik menekan pinggang dan leher. 

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Hilang tegang urat dan sakit pinggang yang Kak Ida alami. Insya-Allah, minggu depan akan menjalani sesi treatment untuk seterusnya. 



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my