Alhamdulillah, dapat juga sekeping mat untuk "pretend play" anak-anak.
Memang puas hati dengan design dan cantik sangat. Anak-anak cukup suka. Sambil menggerakkan kereta atau fire engine, mulut riuh berbunyi. Harga juga mampu milik berbanding di tempat lain yang boleh mencecah beratus-ratus ringgit.
Besar mat yang Kak Ida beli ini bersaiz 100x150. Boleh letak di playroom anak-anak atau diruang tamu.
Kalau mat yang bersaiz kecil Hanyang sebesar 50 x 70. Tetapi designnya pula tidak memikat hati dan kecil pula. Hahaha...
Ni mak ke anak yang nak main? Kah!
Alang-alang Atie (sahabat manis Kak Ida) ke Pasaraya SAKAN, Kak Ida kirimkan untuk belikan sekali.
Rupa-rupanya, mat ini banyak orang yang borong! Huhuhu
Ok, Kak Ida kongsikan kebaikan "Pretend Play" pada anak-anak ya.
Sebenarnya, pretend play ini menggalakkan anak-anak berlakon dan berimaginasi dengan apa yang ada disekeliling anak. Tidak semestinya, ibu perlu membeli mat semata-mata pretend play, tetapi dengan kos yang rendah seperti membawa anak-anak berjalan di sekeliling taman atau padang, anak boleh meniru bunyi burung, kereta atau apa juga bunyi yang anak-anak dengar dan lakonkan semula.
Best kan?
Selain itu, pretend play juga dapat:-
1. Kemahiran menyelesaikan masalah.
Aktiviti ini, anak-anak dapat belajar kemahiran menyelesaikan masalah dengan berfikir secara kreatif. Seperti di mat yang Kak Ida beli ini, anak-anak berupaya untuk menjadi seorang penyelesai masalah dengan menggunakan jalan yang mana untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ini sebagai contoh.
2. Keupayaan sosial dan bahasa.
Sambil mulut anak "riuh" membunyikan bunyi kereta, bunyi kereta api atau pelbagai jenis bunyi yang lain, Pretend Play dipercayai dapat meningkatkan kemahiran bersosial dan bahasa anak akan meningkat. Ini kerana anak akan bercerita dan berlakon, anak-anak sebenarnya menggunakan bahasanya sendiri.
Kalau berkongsi dengan orang lain? Lagi seronok aktiviti ini.
3. Perkembangan emosi.
Aktiviti ini juga menyokong perkembangan emosi yang baik. Ini kerana apabila mat ini dikongsi dengan orang lain, tahap konsentrasi dan perhatian anak pada sesuatu perkara turut meningkat. Anak juga berpeluang untuk bersosial dan mengekspresikan emosi dan melatih kemahiran motor mereka. Secara tidak langsung, anak dapat menyalurkan emosi melalui permainan blok atau boneka yang digunakan oleh mereka.
4. Kreativiti
Apabila anak-anak berpura menjadi "orang lain", mereka akan menjadi lebih kreatif dan inovasi dengan dibantu watak dan prop yang ada disekeliling anak. Anak akan belajar kemahiran berfikir secara simbolik dan mencipta sesuatu yang baru. Imaginasi tercipta seawal umur dan menggalakkan sel-sel otaknya berhubung dan berkembang dengan sendirinya.
5. Perkembangan kosa kata
Bila anak-anak sedang bercerita atau melakonkan sesuatu watak, secara tidak langsung banyak perkataan yang anak akan kuasai dan belajar untuk melengkapkan sesuatu penceritaan.
Nah! Banyakkan kebaikan pretend play.
Ok, Kak Ida stop dulu disini. Kak Ida pun nak join mereka bermain. Maklumlah, zaman Kak Ida belum wujud lagi. Hihihi
Tata!