Monday, January 22, 2018

Tabung Haji - Mengemaskini Profil

Alhamdulillah,

Berkesempatan untuk mengemaskini buku tabung Haji selepas membaca berita Kosmo!

Ramai pendeposit gagal untuk mengemaskini profil peribadi masing-masing sekiranya terdapat sebarang perubahan terkini mengenai pertukaran alamat, nombor telefon dan penamaan waris.


Tidak sanggup Kak Ida termasuk dalam jumlah 6.4 juta pendeposit yang tidak mengemaskini profil peribadi masing-masing. Kah!

Jadi, kebetulan Kak Ida ke Tabung Haji, Kak Ida dan si dia mengambil keputusan untuk terus menukar alamat dan mengemaskini apa yang perlu tanpa menangguhkan urusan.

Kalau tangguh biasanya memang tidak pernah menjadi. Kan?

Sampai di Tabung Haji (Kaunter Khidmat Pelanggan), Kak Ida diberi borang dan perlu melengkapkan borang tersebut terlebih dahulu. Lenguh juga tangan jika kita ramai anak. Hahaha...

Setiap satu nama = satu borang.

Kemudian, selesai mengisi borang, Kak Ida dan si dia terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan. Kalau buat ketika ini, tidak ramai selalunya. Jangan pergi ketika musim daftar haji. Menangis tidak berlagu di kaunter. Hahaha...

Selesai tandatangan dan memberi cap jari kiri, semua urusan pengemaskinian profil selesai. Mudah sangat.

Nampak remeh ketika ini, sebenarnya memberi kesan pada masa akan datang.

Cuma untuk meletakkan penama, perlu ke kaunter khas. Penama tidak boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pelanggan kerana perlu ada pengesahan.

Alhamdulillah, selesai big task hari ini. Jumpa lagi next entry. Tata!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my