Pagi ini Kak Ida menyatuni majlis pot luck yang diadakan di pejabat Kak Ida sempena meraikan pertukaran pegawai Kak Ida ke Kuala Lumpur.
Menu utama hari ini semestinya soto dan juga kari ayam dan roti jala. Kari ayam hasil air tangan Kak Sikin. Of course la sedap... Hahaha.
Sebelum itu, ada ucapan alu-aluan dan penyampaian cenderahati dan diteruskan dengan menikmati minum pagi.
Ini geng Kak Ida di Cawangan Pelarasan Data Geospatial. Gila-gila perangai masing-masing. Almaklumlah, dalam sehari kami menghabiskan masa dipejabat hampir 10 jam. Hahahaha
Yang ini pula satu seksyen kami bergambar kenang-kenangan.
Agenda wajib pejabat Kak Ida. Satu lagi kenangan tercipta.
Pecah perut dibuatnya dengan gelagat masing-masing.
Kesempatan ini, Kak Ida ingin mengucapkan selamat maju jaya pada Encik Rahman dan juga sekalung tahniah di atas kelahiran anak sulung beliau. Ada rezeki dan panjang umur, kita berjumpa lagi. Insya-Allah.
Ok semua, see you next entry. Tata!
No comments:
Post a Comment