Sepanjang minggu ini Kak Ida diuji dengan masalah kesihatan.
Ulang alik ke hospital untuk mengambil nebulazer seperti sudah menjadi rutin. Sama ada ke KK Mahmoodiah atau ke Klinik 1Malaysia di Bandar Baru Kangkar Pulai.
Minggu ini juga ada pertandingan RekaCipta daripada barangan terpakai. Kak Ida "terduduk" di Kumpulan 2. Bila badan kurang sihat, emosi dan fizikal Kak Ida tidak berapa stabil kerana perlu memakan ubat. Jadi, banyak perkara Kak Ida serahkan pada tim lain.
Ya, Kak Ida akui Kak Ida agak ralat.
Pelbagai idea keluar, seperti pencil case dari plastik atau dari botol plastik, tempat letak bunga dari botol susu, keychain dari straw... Tetapi semua tidak menjadi.
Memang mengecewakan.
Tanya pada tim Kak Ida, akhirnya mereka membuat keputusan untuk membuat paper bag dari kertas terpakai. Kak Ida terpaksa mengalah lebih-lebih kengkangan masa yang ada.
Kak Ida cuma mampu membantu memotong bunga sahaja.
Itupun menggigil-gigil tangan kerana kesan dari pengambilan ubat.
Meluahkan perasaan pada si dia, si dia cuba untuk menenangkan hati Kak Ida, "Sayang, belajar untuk melepaskan apa yang tidak mampu kita buat. Trust with your team. Don't underestimate dengan hasil team!"
Akhirnya Kak Ida mengalah dengan perasaan. Malam itu sekali lagi Kak Ida terpaksa mengambil nebulazer di hospital. Huhuhu
Boleh bayangkan tim kumpulan lain. Menggosok kayu, menampal itu ini. Nak menangis rasanya. Psiko betul. Kah!
Esok, hari pertandingan. Kak Ida hanya mampu berdoa.
Allahuakbar, tidak sangka tim Kak Ida menang (kerana mengikut syarat-syarat pertandingan). Terdiam sekejap sambil terkenang ayat si dia, "Don't underestimate with your team".
Alhamdulillah, nampak bunga-bunga yang dipotong tu? Hahaha...
Tahniah team... tahniah. Memang unexpected. Hadiah disampaikan oleh Sr Abdul Rahman bin Mintar sebagai pengadil pertandingan.
Dalam diri tidak berapa sihat, masih menggagahkan diri untuk mengambil gambar. Hihihi
No comments:
Post a Comment