"Jauh ke bang?"
"Tengok Waze, dalam 25 minit dari rumah mama,"
Alhamdulillah, jika tempoh perjalanan memakan masa 25 minit, tidak lama. Lagi-lagi waktu sekarang cuti sekolah sempena cuti Kelepasan Am.
Rupa-rupanya, kedai ini di tingkat atas. "Nampak lengang" dah nah... Bila pintu kedai dibuka kus semangat!
Ramainya...
Semua mempunyai tujuan yang sama sebab kedai ini hanya menjual pelbagai jenis pisau dari pelbagai jenama.
Syukur, yang melayan si dia adalah bos kedai. Rezeki "walk in", kami dapat harga pisau dengan diskaun 50%! Boleh "sasau" juga. Hahaha... Kak Ida sempat merembat satu pisau untuk mama sebagai hadiah.
Kak Ida ambil peluang untuk menjengah apa yang ada.
Banyak servis ditawarkan disini. Antaranya mengasah pisau dan grave nama.
"Nak grave nama sekali?"
Of course! Nampak istimewa kan?
Antara servis yang ditawarkan.
Kak Ida berpeluang melihat proses graving nama. Ya, kita boleh pilih font tulisan sama ada tulisan jawi atau rumi.
Tulisan Jawi RM 30
Tulisan Rumi RM 20
Tada...
Ini hasilnya. Puas hati si dia dapat jejakkan kaki ke sini. Insya Allah, boleh repeat lagi untuk tambah koleksi.
Alamat kedai:
Gearevo
26-1, Jalan Damai Perdana 6/1E
Taman Damai Perdana
56000 Kuala Lumpur.
See you next posting. Tata
No comments:
Post a Comment