Monday, June 10, 2024

Beg Famsy x Pos Malaysia Berhad

Berlegar-legar iklan ini di Facebook.



Terima kasih sahabat manis bertanyakan sama ada Kak Ida sudah memiliki beg ini ke belum. Hehehe...

Sejujurnya, ini adalah tema beg kegemaran Kak Ida. Wishlist untuk memilikinya. 


Design Pejabat Pos Bukit Rotan. Pejabat Pos tertua di Malaysia yang terletak di Selangor. 

Sedikit perkongsian sejarah pejabat pos ini ialah Pejabat Pos Bukit Rotan di Kuala Selangor ialah antara pejabat Pos Malaysia yang telah menjangkau usia hampir 100 tahun. 

Pejabat pos ini terletak di jalan utama Kuala Selangor-Sabak Bernam itu masih mengekalkan struktur dan bentuk binaan asal sejak 1926 dan sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang melawati pekan kecil Bukit Rotan.

Bangunan antik bersaiz kecil ini menyerlah dengan warna putih susu dihiasi dengan ukiran klasik persis rumah tradisional orang Melayu.

Menurut Pengurus Cawangan Pejabat Pos Bukit Rotan Khairul Azman Nyamin, setiap hari lebih kurang 50 pelanggan berurusan di teratak bersejarah itu.

Katanya, jumlah pelanggan biasanya bertambah seperti ketika awal bulan.

Nah, kita cerita balik kisah beg ini...

Syukur, Kak Ida dapat memiliki beg ini dengan harga yang berpatutan jika kita beli melalui Shopee berbanding jika kta membeli di website.

Harga untuk beg bersaiz kecil adalah RM 45.00 manakala saiz besar adalah RM 49.00.

Alhamdulillah, terima kasih sahabat manis menghadiahkan beg Famsy x Pos Malaysia Berhad . 

Suka sangat aih. Berbunga-bunga rasa hati. 💙

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my