Tuesday, June 18, 2024

It's Family Time

Family time! 


Selepas membeli pisau dan lepak di Sejiwa Titiwangsa, si dia bawa anak-anak (termasuk Kak Ida) ke AEON Setiawangsa, AU2 untuk habiskan masa bersama.

Qada masa kerana selepas ini sehingga bulan Julai, Kak Ida akan sibuk dengan penulisan tesis dan final exam yang akan bermula.

Kami ke Mr. DIY untuk membeli sedikit barang keperluan esok sempena Hari Raya Korban. Alang-alang ke sini, anak-anak tidak lepaskan peluang ke Mr Toy.

"Ida, anak-anak nak tengok wayang. Ida ok ke?" tanya si dia.

"Cerita apa bang?"

"Inside Out2 ibu. Baru launch semalam," 

Sementara si dia ke surau, Kak Ida melepak di Roadside Cafe menikmati secawan kopi dan Aina mahukan Mac and Cheese untuk mengalas perut.

Sementara menantikan si dia, Kak Ida buka TGV apps untuk tempahan tiket. Kak Ida memilih tayangan jam 6.00 petang.

Alhamdulillah, anak-anak seronok. Ibu dan ayah bahagia.

Insya Allah, anak-anak nak tengok Despicable Me 4 yang akan ditayangkan nanti. Ibu cuba susun masa ok?

Nah... Masa untuk pulang ke rumah manis. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my