Monday, October 17, 2022

Sambutan Hari ADHD dan Disleksia GIATJB

Seawal jam 7.30 pagi Kak Ida sudah bertolak ke tempat yang perlu ditujui.

Ngam-ngam sampai, hujan mula turun. Oh sudah! Berlari-lari anak Kak Ida dibuatnya.

"Eh, Dr ada?" Kak Ida menegur kehadiran Dr Shahabudin yang sudah menanti.

Terima kasih Dr Shahabudin yang sudi hadir dan semestinya team mate, Kak Masni yang banyak membantu dalam menjayakan Sambutan Hari ADHD dan Disleksia di Rumah Penggaram, Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru.

Sederhana tetapi penuh dengan keseronokan. 

Ok, maksud warna bagi belon merah adalah bertemakan disleksia, dan belon oren bertemakan ADHD.

Walaupun hujan lebat turun pada waktu pagi, syukur ia tidak mematahkan semangat untuk bersama-sama dengan Kak Ida. 

"Jangan risau Kak Ida, hujan macam ni tak lama..." pujuk seorang ibu.

Hati ini, sudah tidak keruan. Huhuhu...

... dan memang betul, hujan pun berhenti dan cuaca cukup cantik sekali. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ada dua aktiviti iaitu puzzle daun dan aktiviti menanam pokok. 

Seronok tengok gelagat ibu dan ayah yang turut sama membantu anak-anak mencari warna daun yang hampir sama.

Bila sudah siap dipadankan, Dr Shahabudin menilai kekreatifan anak-anak memadankan warna dan kita hadiahkan "gardening tools" bagi memulakan aktiviti yang kedua.

Sambutan diteruskan dengan aktiviti mengasah sensori dengan "Jom Kita berkebun." 

Memang seronok bila anak-anak ini dapat bersosial dan membantu antara satu sama lain.

Aktiviti ini diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan dan menikmati potluck yang dibawa sambil berkongsi pengalaman, pendapat dengan Dr Shahabudin dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.

Jumpa lagi aktiviti akan datang. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my