Sunday, October 30, 2022

Program Inspirasi Setem | Memperkasa Cinta Negara

Seawal jam 7.30 pagi Kak Ida bergerak ke Tangkak untuk menyantuni Program Inspirasi Setem : Memperkasa Cinta Negara di Perpustakaan Awam Johor (Cawangan Tangkak) anjuran bersama Persatuan Komuniti Buku Pengkarya Johor Naskah Karya Publications.

Risau anak lapar, Kak Ida berhenti di Kari Kambing 40 hari untuk mengalas perut sebelum menyambung perjalanan. 

Syukur, trafik lancar dan Kak Ida sampai dalam jam 10.30 pagi.


Ketika Kak Ida sampai, Cikgu Salleh Dermawan yang merupakan seorang penulis kreatif dan mantan pendidik sedang berkongsi "Bagaimana Setem : Mampu Membina Jiwa Merdeka? Jawapannya disini".

Antara point yang Kak Ida boleh tangkap adalah "prangko" merupakan setem dalam bahasa Indonesia. Hehehe...

Selain itu, ada pameran setem bersejarah, peraduan melukis setem, demonstrasi pengasingan setem dan kuiz untuk anak-anak dari S.K Sagil Kampong.











Pada asalnya, Kak Ida hanya mahu menyinggah untuk memberi sokongan sebelum ke destinasi seterusnya.

Akhirnya, TERbuat juga satu aktiviti untuk anak-anak ini. Mujur teringat hendak membawa "beg setem" yang memang ada stok poskad dan setem. Hehehe...

Kak Ida hadiahkan beberapa keping poskad untuk anak-anak (i.e ibubapa sekali) mencari pengalaman.
Staf perpustakaan bantu mengecop untuk dijadikan kenang-kenangan "Dear Myself".

Kemudian, Kak Ida berkongsi cara menulis poskad, cara menulis alamat dengan betul, menampal setem dan juga menghias poskad dengan sticker. Memang anak-anak teruja sekali. Seronok!



Sebelum itu, singgah ke Pejabat Pos Tangkak untuk mengepos poskad yang ditulis oleh anak-anak tadi. Yeay...

Semoga berjumpa kita di lain kali. Terima kasih atas pengalaman ini. Insya Allah.




Ok, masa untuk ke destinasi seterusnya. Dikesempatan ini, Kak Ida ingin mengucapkan terima kasih kepada Perpustakaan Awam Johor (Cawangan Tangkak) dan Persatuan Komuniti Buku Pengkarya Johor Naskah Karya Publications atas peluang berkongsi ilmu pada anak-anak SK Sagil Kampong.

 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my