Monday, October 3, 2022

Postbox building block set edisi Thailand

Another collection lego bertemakan post box atau mail box.

 
Kali ini adalah postbox building block set dari Thailand.

Banyak kelebihan jika kita suka bermain lego antaranya,
1. Mengasah kekuatan dari segi IQ dan otak.
2. Memupuk kreativiti.
3. Berehat dengan bermain dan dapat melegakan emosi atau stress.
4. Melatih diri untuk kekal fokus.
5. Memupuk sifat kesabaran.
6. Menikmati hidup.
7. Tiada gam atau peralatan yang diperlukan. 
8. Boleh mengurangkan penyakit Alzheimer ketika kita memilih dan menekan bricks.

Pada asalnya, Kak Ida ingat hanya ada satu design sahaja. Bila baca di kotak, rupa-rupanya ada tujuh (7) design yang berbeza. 

Hallah! Hallah!

Akhirnya begitulah, bila sudah terjebak. Kak Ida akan cuba cukupkan koleksi ini nanti sebab harganya bukan kaleng-kaleng untuk setiap set. 

Well said, accomplishment hobby!

Dua dalam satu. Mengumpul setem dan juga bermain lego. Hehehe....

Besar harapan Kak Ida, Pos Malaysia ada mengeluarkan koleksi ini satu hari nanti. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my