Salam PdPr2021.
Fuh, bukan kaleng-kaleng hashtag sempena pembukaan sekolah tahun ini. Pada awalnya, sesi persekolahan akan dibuka seperti biasa pada 20/01/2021. Malangnya, kes Covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari di seluruh negara termasuk di Johor Bahru.
Johor masih diisytiharkan PKP ketika status ini ditulis.
Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.
Ramai yang bertanya, apa persediaan Kak Ida semasa anak-anak PdPr2021 dijalankan.
Ramai yang bertanya, apa persediaan Kak Ida semasa anak-anak PdPr2021 dijalankan.
Ini hanyalah tips yang sesuai digunapakai oleh Kak Ida ya. Tidak semestinya ia sesuai kepada ibu-ibu yang lain.
1. Sediakan setiap seorang anak dengan fail. Lebih baik, satu fail yang mempunyai banyak helaian (bergantung kepada subjek mata pelajaran anak). Ini kerana, sepanjang PdPr, anak-anak akan banyak membuat worksheet yang diprint dan perlu disimpan untuk rujukan bila anak-anak sudah kembali ke sekolah.
2. Ibu menyediakan satu buku khas untuk membuat Rancangan Pendidikan Anak-anak. Tidak perlu membeli buku baru, cukup sekadar buku lama-lama untuk kita "notes" semua kerja sekolah anak-anak yang perlu dibuat.
Mudah untuk ibu menyemak jika ada yang tertinggal. Jika kita bergantung pada WhatsApp atau Telegram, memang akan ada info yang tertinggal.
3. Kak Ida dan si dia akan "spend" masa untuk melihat anak-anak membuat kerja sekolah. Kerja sekolah yang sudah siapkan, Kak Ida akan tandakan dengan pen merah.
Kita juga boleh meletak sebarang "nota". Kalau perasan, di penjuru nota, ada tertulis, www.public.moe.gov.my . Ini bagi memastikan Kak Ida tidak terlupa untuk menyiapkan "Kemas Kini Profil Murid" yang memerlukan tindakan ibubapa.
4. Kak Ida suka setiap helaian adalah untuk seminggu proses pembelajaran berlangsung. Ini sangat memudahkan untuk sesi rujukan.
Alhamdulillah, ini sahaja tips yang boleh dikongsi. Jika ibu ada cadangan yang bernas, jangan lupa drop tips di ruangan komen ya.
Jumpa kita di next entry. Tata.
No comments:
Post a Comment