Tuesday, January 19, 2021

Ibu sambal in da house

Alhamdulillah,
Akhirnya dapat 13 bekas "ibu sambal" selepas berhempas-pulas mengerjakan cili kering. 


Insya Allah, boleh bertahan tiga sehingga enam bulan kerana Kak Ida menyimpan di deep freezer.
Selebihnya, bergantung juga pada menu yang Kak Ida masak. Terima kasih #MMGM


Disinilah tempat Kak Ida belajar menguruskan ilmu rumah tangga. Banyak sangat ilmu weh. Jadi sahajalah "gelas kosong."

Sebenarnya, yang viral menu yang dimasak untuk seminggu merupakan "pandangan biasa" di dalam MMGM. Ada ibu yang bekerja sebagai frontliner, tidak memungkinkan mereka dapat memasak seperti seorang suri rumah sepenuh tangga.

Dalam masa yang sama, mereka juga mahu anak menikmati makanan hasil "air tangan" ibu mereka.
Ya, ia tetap lebih baik berbanding masakan diluar. 

Insya Allah, dengan cara penyimpanan yang betul. Memang tiada bezanya dengan masakan yang dimasak panas-panas.

Eh, ilmu rumah tangga pun nak kena belajar ke?

Bergantung pada orang.
  
Konsep Kak Ida ringkas, apa pun tindakan kita mesti dengan ilmu. 

Setuju?



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my