Telefon Kak Ida berdering, tertera nama di skrin telefon "Guard"
"Hello, bagi masuk?"
"Bagi masuk."
Dalam kepala, siapa pula nak datang. Rasa macam tidak berjanji dengan sesiapa.
"Adalah tu orang nak hantar barang." bisik hati Kak Ida.
Capai tudung, terus tunggu di meja hijau ditaman. Eh?
"La, Kak Zulhaya Marzuki . Masuk dulu kak. Nak air?" macam peluru berpandu Kak Ida bertanyakan soalan. Kakak seorang ini kalau menjengah, tidak pernah dengan tangan kosong.
"Takpe, takpe. Tak payah. Akak nak jumpa Linda lepas ni. Dah janji dengan dia."
Ni... akak ada bawakan ikan terubuk masin dengan ikan terubuk masak lemak nenas. Yang terubuk ni, kalau tak habis, simpan dalam peti ais. Boleh buat campur dengan sayur kailan yang kau tanam. Jangan risau, akak dah masak. Ambil sedikit, terus aje campur.
Satu lagi, nah... ambil diari ni."
Tak sempat Kak Ida nak mencelah. Betul-betul mengejar masa agaknya.
"Oklah, akak nak kena gerak dulu ni. Jaga diri."
Allahu, sabar ajelah kakak yang seorang ini. Terima kasih kak. Sudah ada rezeki untuk makan malam.
Sayang kerana Allah.
wah rezeki untuk makan malam. sedap :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap sangat.
ReplyDelete