Sunday, January 31, 2021

Promosi FB Live Tuan Syukor Hashim

Salam semua,

Tidak terlambat lagi jika Kak Ida mahu kongsikan Promosi FB Live Tuan Syukor Hashim pada 29/01/2021 yang lalu.

Ada banyak promo yang sedang berlangsung sehingga 2 Februari 2021.





Jangan lepaskan peluang untuk memulakan simpanan emas dengan sekeping dinar (berat 4.25g).

Boleh kllik link di bawah ya untuk maklumat lanjut.


 

Virtual Run | Magic Unicorn Run 2021 Collection

Assalammualaikum semua, 

Petang ini, Kak Ida ingin berkongsi penyertaan Virtual Run yang terbaru. 

Ini merupakan kali kedua Kak Ida menyertai Ultra V Run yang menawarkan koleksi bracelet menggantikan medal seperti kebiasaan selepas kita menamatkan larian.

Ada empat bentuk kali ini iaitu Carousel Unicorn, Colourful Rainbow, Magical Unicorn dan Star Of Power.





Selain itu, set ini juga mempunyai gelang tangan yang mempunyai saiz gelang 17cm, 18 cm atau 19cm.


Cantik kan? Macam pandora. 

Paling menarik sekali, setiap penyertaan akan menyumbangkan RM 2/3/5 ke Perubatan KKM atau Uncle Kentang.


Boleh klik link ini untuk maklumat lanjut ok. 



 

Stadium JDT kami tadahkan

Hasil hunting kami berdua. Alhamdulillah, dapat uncle yang sudi berkongsi pokok fiddle fig dengan kami. 

Satu stadium JDT kami mahu tadahkan. Hahaha




Sampai di rumah, kami terus merendam pokok supaya tidak layu. Terima kasih uncle kerana sudi berkongsi dengan kami.


Friday, January 29, 2021

Salam PdPr2021

Salam PdPr2021.

Fuh, bukan kaleng-kaleng hashtag sempena pembukaan sekolah tahun ini. Pada awalnya, sesi persekolahan akan dibuka seperti biasa pada 20/01/2021. Malangnya, kes Covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari di seluruh negara termasuk di Johor Bahru.

Johor masih diisytiharkan PKP ketika status ini ditulis. 

Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. 

Ramai yang bertanya, apa persediaan Kak Ida semasa anak-anak PdPr2021 dijalankan.

Ini hanyalah tips yang sesuai digunapakai oleh Kak Ida ya. Tidak semestinya ia sesuai kepada ibu-ibu yang lain. 

1. Sediakan setiap seorang anak dengan fail. Lebih baik, satu fail yang mempunyai banyak helaian (bergantung kepada subjek mata pelajaran anak). Ini kerana, sepanjang PdPr, anak-anak akan banyak membuat worksheet yang diprint dan perlu disimpan untuk rujukan bila anak-anak sudah kembali ke sekolah.

2. Ibu menyediakan satu buku khas untuk membuat Rancangan Pendidikan Anak-anak. Tidak perlu membeli buku baru, cukup sekadar buku lama-lama untuk kita "notes" semua kerja sekolah anak-anak yang perlu dibuat. 

Mudah untuk ibu menyemak jika ada yang tertinggal. Jika kita bergantung pada WhatsApp atau Telegram, memang akan ada info yang tertinggal.


3. Kak Ida dan si dia akan "spend" masa untuk melihat anak-anak membuat kerja sekolah. Kerja sekolah yang sudah siapkan, Kak Ida akan tandakan dengan pen merah.

Kita juga boleh meletak sebarang "nota". Kalau perasan, di penjuru nota, ada tertulis, www.public.moe.gov.my . Ini bagi memastikan Kak Ida tidak terlupa untuk menyiapkan "Kemas Kini Profil Murid" yang memerlukan tindakan ibubapa.

4. Kak Ida suka setiap helaian adalah untuk seminggu proses pembelajaran berlangsung. Ini sangat memudahkan untuk sesi rujukan.



Alhamdulillah, ini sahaja tips yang boleh dikongsi. Jika ibu ada cadangan yang bernas, jangan lupa drop tips di ruangan komen ya.

Jumpa kita di next entry. Tata.

 

Thursday, January 28, 2021

Promosi Public Gold sempena Seminar G100


Alhamdulillah, Kak Ida dapat membantu #SahabatEmas menyimpan empat keping dinar.

Puas hati kerana dapat membantu mereka memecahkan tembok mahu bermula.

 

Wednesday, January 27, 2021

Taman mini kami

Teringat ketika Kak Ida menghadiri satu kursus bersama Dr Muhamad Khairul Anuar bertajuk mencari atau menunggu peluang.

Perancangan untuk anak-anak terutama ibubapa yang mempunyai anak istimewa mesti ada. Tidak kisah untuk jangka masa pendek, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau bertahun-tahun akan datang.

Kita (ibubapa) yang kena merancang untuk masa depan mereka. Dalam masa yang sama cuba gali minat anak-anak.

Sama ada dalam lukisan, jahitan, membuat kuih atau apa-apa kemahiran.

Ada sebab kenapa kami sudah mula menanam pokok dari sekarang. Walaupun orang kata mungkin minat kami berdua, sebenarnya kami sedang menyusun perancangan untuk 5-10 tahun akan datang untuk Aina.


Besar harapan kami, Aina yang akan meneruskan legasi ini. 

Buka nurseri satu hari nanti? Siapa tahu? 



Kalau Aina tidak berminat pun, ada beberapa "back up plan" sudah kami susun. Sekurang-kurangnya, bila kami berdua tiada, anak boleh meneruskan kehidupan tanpa menyusahkan orang lain.

Ibu dan ayah perlu menanam budi sekarang. Bila tiba harinya, anak-anak yang akan menuai hasilnya.
Doakan kami ya.

Tidak mudah, tetapi tidaklah juga mustahil.

Wednesday, January 20, 2021

Coming soon

 Goldbar 1 gram bakal muncul di PG Museum. Standby dengan senyuman.


Mahu bermula menyimpan 1 gram 1 bulan?

Penulis Pemula - Pengat Labu Kasih Sayang

Terima kasih Lin. Selamat membaca dan mencuba resipi baru dari #PengatLabuKasihSayang.


Teruskan menyokong #PenulisPemula ya.

 

Tuesday, January 19, 2021

Rezeki datang

Telefon Kak Ida berdering, tertera nama di skrin telefon "Guard"

"Hello, bagi masuk?"

"Bagi masuk."

Dalam kepala, siapa pula nak datang. Rasa macam tidak berjanji dengan sesiapa.

"Adalah tu orang nak hantar barang." bisik hati Kak Ida. 

Capai tudung, terus tunggu di meja hijau ditaman. Eh?

"La, Kak Zulhaya Marzuki . Masuk dulu kak. Nak air?" macam peluru berpandu Kak Ida bertanyakan soalan. Kakak seorang ini kalau menjengah, tidak pernah dengan tangan kosong.

"Takpe, takpe. Tak payah. Akak nak jumpa Linda lepas ni. Dah janji dengan dia." 

Ni... akak ada bawakan ikan terubuk masin dengan ikan terubuk masak lemak nenas. Yang terubuk ni, kalau tak habis, simpan dalam peti ais. Boleh buat campur dengan sayur kailan yang kau tanam. Jangan risau, akak dah masak. Ambil sedikit, terus aje campur.

Satu lagi, nah... ambil diari ni." 

Tak sempat Kak Ida nak mencelah. Betul-betul mengejar masa agaknya.


"Oklah, akak nak kena gerak dulu ni. Jaga diri."

Allahu, sabar ajelah kakak yang seorang ini. Terima kasih kak. Sudah ada rezeki untuk makan malam.

Sayang kerana Allah. 

Tips simpan emas 1 dinar 1 bulan

1bulan 1dinar

Mulakan dengan 1 dinar yang pertama. Simpan 1 dinar lebih mudah kerana harga lebih murah dan mampu milik.

Konsisten
Nak jadi penyimpan emas yang berjaya perlu konsisten. Biar kecil tetapi konsisten setiap bulan. Tidak perlu lihat pada harga kerana sebagai penyimpan, harga naik atau turun tetap perlu buat simpanan.

Simpan dulu baru belanja.
Setiap kali dapat duit atau bonus,simpan dulu baru belanja. Selamatkan duit dengan tukar kepada emas. Simpanan akan kekal lebih lama apabila tukar dalam bentuk emas.

Simpan dan lupakan. 
(Forgotten saving)
Bila kita dah mula simpan emas, setiap bulan kita simpan dan lupakan. Ini bukan bermaksud lupakan terus simpanan yang kita ada, tetapi kita jangan fikir nak sentuh simpanan itu. Itu adalah simpanan masa depan. Bila keadaan memaksa, baru ingat kembali simpanan itu sebagai dana kecemasan.

Simpan emas bukan untuk orang kaya-kaya.
Semula orang boleh simpan emas.

Mahu bermula menyimpan 1 dinar 1 bulan?


Ida Kamilia Mudzakir
Priority Dealer Public Gold
PG00069671

Ibu sambal in da house

Alhamdulillah,
Akhirnya dapat 13 bekas "ibu sambal" selepas berhempas-pulas mengerjakan cili kering. 


Insya Allah, boleh bertahan tiga sehingga enam bulan kerana Kak Ida menyimpan di deep freezer.
Selebihnya, bergantung juga pada menu yang Kak Ida masak. Terima kasih #MMGM


Disinilah tempat Kak Ida belajar menguruskan ilmu rumah tangga. Banyak sangat ilmu weh. Jadi sahajalah "gelas kosong."

Sebenarnya, yang viral menu yang dimasak untuk seminggu merupakan "pandangan biasa" di dalam MMGM. Ada ibu yang bekerja sebagai frontliner, tidak memungkinkan mereka dapat memasak seperti seorang suri rumah sepenuh tangga.

Dalam masa yang sama, mereka juga mahu anak menikmati makanan hasil "air tangan" ibu mereka.
Ya, ia tetap lebih baik berbanding masakan diluar. 

Insya Allah, dengan cara penyimpanan yang betul. Memang tiada bezanya dengan masakan yang dimasak panas-panas.

Eh, ilmu rumah tangga pun nak kena belajar ke?

Bergantung pada orang.
  
Konsep Kak Ida ringkas, apa pun tindakan kita mesti dengan ilmu. 

Setuju?



Monday, January 18, 2021

Bila sahabat berkunjung

Kak Ida menjemput sahabat untuk menikmati waffle hasil air tangan si dia. Kami bersahabat dari zaman bujang sehingga sekarang sudah berkeluarga.

Seronok sebenarnya berkongsi pengalaman. Since Kak Ida sekarang sedang menyambung pelajaran secara separuh masa, Lukman tidak lokek berkongsi cerita.

"Enjoy the moment. Kekalkan pointer dan buat yang terbaik."


Tidak sah kalau tidak berkongsi hobi kegemaran. Fuh, memang topik panas. 


Terima kasih Lukman, jangan serik ya. 

Friday, January 15, 2021

Diverse Combination

 Hari ini kita beri kerja rumah untuk #AmmarSayang.

Sudah lama Ammar merengek hendak menyambung semua lapan kotak yang berbentuk kapal.

Ibu perlu pantau sama ada Ammar boleh memahami arahan serta dapat mengasah fokus dan sensori.


Baca arahan dulu.







Ini baru kotak pertama.


Yeay, akhirnya selepas empat jam bertungkus lumus menyiapkan lapan kotak lego.

Thursday, January 14, 2021

Hari pertama ke sekolah Tahun 2021

Maafkan ibu dan ayah ya Adilah.

Pagi tadi, kami dikejutkan semua udang di dalam bekas akhirnya mati. Huhu

Rupa-rupanya, bateri untuk oksigen habis. Kecewa sungguh hati si dia mengenangkan persiapan untuk Adilah ke sekolah esok tidak berjaya.

Si dia juga risau jika Adilah membuat keputusan untuk tidak mahu ke sekolah. 

"Boleh ya Adilah, bawa udang dah mati? Ayah letakkan dalam bekas lain."

Adilah menganggukkan kepala sambil tersenyum manis.

"Boleh ayah."

Sudahnya, bila teacher berkongsi gambar, udang Adilah yang paling kecil jika nak dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain.



Bertabahlah ya anak. Ibu memang tidak mampu hendak menahan gelak.

Wednesday, January 13, 2021

Batch pertama Penghantaran Penulis Pemula

 Alhamdulillah,

Selesai penghantaran batch pertama #BukuPengatLabuKasihSayang

Insya-Allah, esok batch kedua pula.

Terima kasih kerana menyokong #PenulisPemula seperti Kak Ida. 



Ada yang ingin memiliki senaskah buku ini untuk koleksi buku?

www.wasap.my/60196558504/PLKS

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my