Monday, August 12, 2019

Salam hari kedua dari Jelebu

Salam hari kedua dari udara Jelebu. Wah, gituww

Assalammualaikum semua. 

Perancangan pertama hari ini ialah mahu ke Pasar Awam Kuala Klawang. Kebetulan, ramai yang mahu berkumpul di rumah kabin mama hari ini, jadi, Kak Ida buat keputusan untuk bawa mama ke pasar untuk membeli barang dapur sedikit.

Walaupun masih banyak pasar yang belum dibuka, tetapi syukur barang asas seperti santan kelapa, sayur-sayuran segar, ikan dan ayam masih boleh dibeli di pasar.


Kemudian, Kak Ida singgah ke farmasi untuk membeli ubat. Menjadi satu bentuk kekaguman Kak Ida ialah, kebanyakan kedai di sini dibuka jam 9.00 pagi berbanding di Johor, kedai banyak dibuka antara jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Berpagi-pagian mereka mencari rezeki di pekan ini.

Kak Ida juga sempat singgah di kedai hardware untuk membeli paku. Tiba-tiba mata terpandang mesin rumput yang turut dijual disitu.

Setelah berbincang dengan adik Kak Ida, kami membuat keputusan untuk "belanja" mesin rumput dan juga tikar getah bagi melengkapkan lagi rumah kabin mama. Kabin mama akan nampak lebih berseri dan memudahkan kerja si dia memotong rumput.

.. oh ya, Kak Ida sangat berpuas hati dengan layanan kedai hardware ini. Penerangan tentang penjagaan, penggunaan dan bancuhan minyak mesin rumput ini diterangkan dengan jelas oleh staf yang bertugas. 

Datanglah ke kedai hardware Logam Fima Jaya Enterprise. #FreeReview.



Sampai sahaja dirumah, aktiviti memotong rumput terus dijalankan. Test mesin katanya. Hahaha

Sudah minat si dia, layankan sahaja...





Aktiviti petang, anak-anak menikmati aiskrim. Terima kasih Pak Long kerana belanja. Memang nikmati sungguh la hai... Cuaca agak panas hari tu. Huhuhu





Aktiviti ini yang paling best bila di kampung. Atuk melayan cucu berebut mengutip buah rambutan yang dikait. Happening sangat. #BondingTimeAtukDanCucu


Alhamdulillah, hari kedua Kak Ida di Jelebu berlalu dengan penuh kesyukuran.

Bersama-sama keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my