Sunday, August 4, 2019

Pertandingan mewarna Karnival Keusahawanan SIGS 2019

Hari ini Aina mewakili sekolahnya dalam pertandingan mewarna di Karnival Keusahawanan SIGS 2019. Pelbagai agenda menarik antaranya menunggang kuda, rumah hantu, mini zoo dan lain-lain lagi. Memang meriah gamaknya.


Sebelum itu, bergambar kenangan bersama guru pengiring dan kawan-kawan Aina yang turut serta. Amboi, bersilang kaki ok. Memang tidak kalah gaya kalau bab bergambar.





Alhamdulillah, cikgu berkongsi gambar ketika pertandingan mewarna sedang berlangsung. Good luck Aina.



Hasilnya...


Alhamdulillah, Aina mendapat saguhati. Tidak mengapa Aina. Paling penting, pengalaman yang kita dapat. Ibu bangga dengan pencapaian Aina. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my