Friday, August 9, 2019

Bila TERtambah order...

Lepas sahaja hantar Aina ke sekolah,

"Ibu, Ammar nak hashbrown..."

"Ailah pula nak bubur..."

Mmm... oklah, ibu mengalah pagi ini. Anak-anak behave. Mood ibu pun stabil... (ini penentu paling penting untuk ibu membuat keputusan. Hahaha).

Bila Ammar perasan Kak Ida lalu jalan yang "berlainan", terus si anak menjerit yeay yeay...

Sampai sahaja di drive thru KFC,

"Eh, Ammar taknak hashbrown, Ammar nak ayam... Ayam Ammar dapat dua. Hasbrown satu. Ammar nak ayam..." 

Wah, dah pandai berdiplomatik dengan ibu ya Ammar?

"Bang, ayam dua, bubur kosong satu..."

Ala carte ya?

"Haah..."

...

"Eh eh, bang, tambah twister lite satu. Black coffee ya." 

Alamak, ini semua salah Ammar! Aduh, macam mana boleh TERtambah order pula. 


Ok abang, bil nanti Ida submit ya. Happy wife , happy tummy. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my