Wednesday, July 10, 2024

Run4Fund Wakaf | Masjid Taman Pulai Indah

Yeay, it's a day. Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk join Run4Fund Wakaf anjuran Majlis Agama Islam Johor.

Berlari sambil berwakaf serendah RM 10.00 sahaja. 

Kali ini, larian dibuat di Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru. Selain larian, MAIJ juga mengadakan Program Semarak Subuh.




Pada hari Jumaat, Kak Ida luangkan masa untuk mengambil kit larian iaitu bib dan topi.  Cantikkan bib ni? Istimewa kerana nombor bib ditulis dengan tulisan jawi. Kak Ida merupakan orang yang ke 166 mengambil kit pendaftaran. Oh ya, bib ini juga akan digunakan untuk cabutan nombor bertuah nanti. 

Dalam masa yang sama, Kak Ida mengambil gambar peta laluan untuk program esok. Well, just in case. Hehehe...

Seawal 7.00 pagi Kak Ida sudah terpacak di Masjid Taman Pulai Indah. Larian akan dimulakan pada jam 7.30 pagi. Syukur, larian kali ini ditemani oleh buddies, Kak Haya. 



Kita santai-santai mak leha. Ya, sudah lama tidak keluarkan peluh. Sambil berjalan, sambil berborak. 



Sempat snap gambar peti pos di surau ini. Hallah...



Pantang nampak cermin ok. Ini pun boleh bergambar untuk kenang-kenangan.



Yeay, we did it! Rasa puas hati dapat habiskan larian. Psst, paling pasti kami bukan orang yang terakhir sampai. Hehehe...



Bergambar di garisan penamat.



Kenangan.



Kita jumpa Kak Rose. Orang kuat AJK Masjid. 



Sedap woo... lepas lari dapat hirup sup panas-panas. Rasa segar semula badan. Sup ini disediakan oleh AJK Masjid Taman Pulai Indah.



Masa untuk pulang. Insya Allah, ada rezeki nak join lagi. Jumpa lagi next posting. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my