Wednesday, July 10, 2024

JJCM | Rumah Laksa Johor

"Abang, boleh ke temankan Ida malam ni?"

"Nak kemana?"

"Ida teringin nak makan laksa Johor. Tapi kat Maju Jaya bang. Kedai tu buka petang."

"Uiks, jauh juga tu. Boleh... Kita pergi lepas Maghrib ya."

Berseri-seri muka Kak Ida bila si dia bersetuju.

Alhamdulillah, jam 8.30 malam Kak Ida sudah sampai. Cuma, pada awalnya jalan masuk ke cafe ini, Kak Ida agak ragu-ragu sebab banyak lori keluar masuk.

Serius, memang sedap! Highly recommended Laksa Johor dan tauhu goyang. Selain itu, ada mee kari, soto dan wedges. Harganya pun sangat berpatutan. 

Sepatah kata si dia, lagi sedap rasanya dari laksa xyz. Hahaha... 

Kedai ini dibuka pada pukul 4.30 petang-10.30 malam, Ahad hingga Jumaat (Sabtu Tutup). Lebih mudah waze "Saudagar Antik". Insya Allah, sampai ke cafe ini.

Jom kita tengok hiasan cafe ini. 

Ok, boleh repeat! 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my