Saturday, December 24, 2022

Pengalaman ke Central Market | Pasar Seni

#throwback

"Jom, kita pergi CM nak?" 

Fuh, bercahaya mata Kak Ida mendengar pelawaan si dia.

"Abang nak drive atau naik LRT aje? Kalau nak naik LRT, bagi Ida masa study jalan dulu..."

Nah, selepas ambil stok Qaseh Gold, Kak Ida terus buka map. 

"Central Market dekat dengan LRT Pasar Seni. Parking ada kat Setiawangsa atau Jelatek." 

Memang tidak jauh beza pun antara dua stesen ini. Ternampak Jelatek, kami terus buat keputusan untuk parking disini.

Tambang RM 2.90 untuk seorang. Parking pula RM 4 untuk sehari. Memang berbaloi sangat lebih-lebih lagi tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari parking di Kuala Lumpur. Hehehe...

Sampai ke Pasar Seni, ya ampun. 

Jambatan ini ke Muzium Kesenian Islam, Taman Burung, Masjid Negara dan lain-lain. 

Jambatan yang satu lagi ke Bangunan Dayabumi dan Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.

Central Market tidak jauh dari stesen.

"Err abang, nanti singgah Pejabat Pos nak?" 

"Kita pergi dulu CM dulu. Ida nak cari apa kat CM?"

Kah! 

Menggeleng kepala si dia bila melihat Kak Ida menonong ke kedai poskad LokaMade. Rambang mata dibuatnya. 

Alhamdulillah, disitu ada sudut menulis poskad untuk main cop-cop. Sempatkan diri menulis "Dear Myself" dan hantar kepada #rakansehobi. Tidak lupa, koleksi keychain postbox. Cantik untuk kenang-kenangan.

Seronok di CM sebab banyak aktiviti yang boleh dibuat. Selepas ini, kita bawa anak-anak pula. Insya Allah.

Save the best for last, ambil gambar kenangan dengan abang posmen yang duduk di luar CM. Hehehe...

Sempat pergi ke Pejabat Pos? 

Of course! 

Cuma tidak sempat untuk mengambil gambar sebab leka melihat koleksi setem yang ada disitu. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my